Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari
Showing posts sorted by relevance for query produk halal. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query produk halal. Sort by date Show all posts

Anda Pasti Sosej atau Hot Dog Anda Makan HALAL

Saturday, August 14, 2010

Sosej Halal dan Haram


Adakah anda terfikir hot dog atau sosej di semua restauran makanan di Malaysia
ini adalah halal atau tidak? Sebagai seorang Islam kita WAJIB memilih makanan
yang sumbernya Halal dan Toiyibah. Apa sahaja makanan yang disertakan dengan
produk bahan haram atau pekerja yang melakukannya bukan Islam, maka,
makanan tersebut tidak halal atau haram. Setiap orang yang bukan beragama
Islam mesti menghormati umat Islam di negara ini terhadap semua produk Halal
yang dikeluarkan. Janganlah kita buat sesuatu itu kerana mengikut orang lain
kerana takut malu dan sebagainya.

hot dog@sosej dibuat drpd 2 sumber asas sj di muka bumi ini iaitu samada haiwan@tumbuhan..jk b'asaskan tumbuhan insyaallah, hnya racun pd tumbuhan y m'bahaya,tp jk sumber b'asaskn haiwan? kita pasti sosej y kita mkn drpd sumber haiwan yg halal? sbg Islam, carilah produk halal toiyibah supaya jika kita makan berasaskn p...erkara yg baik, insyaallah baiklah perbuatan dan keturunan kita

-----------------------------------------------------------------------------------


Pendedahan sosej bersalutkan usus babi yang berada dalam pasaran ketika ini dianggap keterlaluan kerana jelas pihak pengusaha kilang tidak sensitif dengan sensitiviti penduduk Islam di negara ini.

Berikutan itu PPIM melalui satu siaran medianya menjelaskan bahawa enam jenama sosej yang telah dikenalpasti dicampur usus babi adalah Gourmessa, Muller's Haus, Dew Fresh, Puteri, Miami Butcher House dan Maspac.

Menurut PPIM lagi, kebanyakkan jenama-jenama ini (sosej) dibekalkan kepada hotel-hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan Selangor serta di beberapa pasar
raya besar di seluruh Malaysia.

Di antara pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang didapati menggunakan
usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah; Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa), German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh), Puteri Pan Pacific (Puteri), Miami Butcher House - Batu Feringgi (Miami Butcher House), Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh) dan Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac).

Antara hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah Palace of Golden Horses, Coffee Bean Tea Leaf, Hotel Equatorial, Ikea Cafe, dan Muller Sousage.

Angkatan Muda Malaysia mendesak tindakkan segera Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menarik segera semua produk yang diragui dari pasaran dan meminta semua restoran terbabit menghentikan penggunanan produk tersebut. Tindakkan segera ini perlu demi menjaga hak asas umat Islam untuk mendapatkan makanan halal.

Angkatan Muda Malaysia melihat perkembangan ini amat memalukan. Ini menunjukkan kelemahan pengurusan makanan halal di negara ini.

Negara dan agensi yang bertanggungjawab seharusnya malu kerana dalam keadaan Malaysia begitu sibuk untuk menjuarai label produk halal akhirnya peristiwa yang memalukan berlaku dalam negara sendiri.

Kelemahan ini jelas terbukti apabila, maklumat dari Ibu Pejabat Perkhidmatan
Haiwan menyatakan pada masa ini tidak ada logi-logi di luar negara yang diiktiraf dan disahkan halal oleh Malaysia bagi membekalkan 'natural casing' atau 'collagen', tetapi hanya menggunakan bahan daripada campuran sayur-sayuran sahaja untuk menghasilkan sosej. Ini menununjukkan perhatian yang kurang dan sambil lewa diberikan terhadap isu produk halal ini.

Ketidak seriusan kerajaan dalam isu ini dapat diperjelaskan lagi apabila laporan media hari ini mendedahkan yang JAKIM hanya mempunyai 6 orang pegawai yang ditugaskan dalam penyeliaan label halal bagi seluruh negara. Ini satu perkara yang tidak munasahah.

Jesteru ini Angkatan Muda Malaysia mendesak untuk pihak berkenaan menarik semula produk yang diragui dari pasaran dan meminta restoran - restoran berkenaan tidak menggunakan produk meragukan.

Disamping itu umat Islam di peringatkan supaya berhati - hati dan cuba elakkan untuk membeli produk atau memasuki restoran yang meragukan.

Sesuatu harus dilakukan segera pihak yang berkenaan sama ada JAKIM atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna harus lebih bertanggungjawab dan bukan bertindak mengikut musim.



Baca selanjutnya..

0 Tiga produk positif DNA khinzir

Thursday, March 03, 2011


Umat Islam perlu hati-hati barang farmaseutikal dibungkus kapsul gelatin

KUALA LUMPUR: Kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 sampel produk farmaseutikal tempatan yang dibungkus dengan kapsul gelatin yang diambil secara rambang dari pasaran mendapati tiga daripada produk itu positif DNA khinzir. 
Baca selanjutnya..

0 Sistem Pensijilan Halal Jakim Dapat Pengiktirafan Dunia

Friday, January 15, 2010



Sistem pensijilan halal Jakim dapat pengiktirafan dunia
Sumber: BeritaHarian

PIHAK industri luar negara memohon pensijilan halal Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana mengakui kelebihan logo halal itu terutama untuk meningkatkan hasil jualan serta menarik pengguna Islam.

Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, berkata pensijilan halal kini bukan mengenai hukum syarak saja, sebaliknya menjadi strategi utama pemasaran pihak industri termasuk syarikat luar negara untuk meningkatkan penjualan.

Bagi sijil halal Malaysia pula katanya, ia mendapat perhatian industri luar negara kerana sistem pensijilan halal yang dipertanggungjawabkan kepada Jakim itu diiktiraf dunia dari segi dokumentasi dan kualiti standard yang ditetapkan.

"Pensijilan halal Jakim menggabungkan Islam (hukum syarak) dan sains (teknologi) menjadikan logo halal Malaysia diiktiraf di peringkat dunia. Oleh itu, setiap tahun kita lihat ada peningkatan permintaan menggunakan logo halal Malaysia termasuk dari luar negara.

"Kajian menunjukkan jualan produk mempunyai sijil halal meningkat 30 peratus berbanding sebelum itu juga menjadi faktor pendorong kepada syarikat untuk memohon sijil dan logo halal," katanya di pejabat Bahagian Hab Halal Jakim di Cyberjaya.

Beliau yang baru pulang daripada membuat pemeriksaan produk di Brazil berkata, Malaysia sering menjadi rujukan pensijilan halal sehingga ada syarikat pengeluar logo halal akan bertanya kepada syarikat yang memohon sama ada Jakim sudah datang membuat penyelidikan atau belum.

Dalam erti kata lain, jika Jakim sudah membuat penyelidikan di sesebuah syarikat itu, maka tugas badan pengeluar sijil halal akan menjadi lebih mudah kerana tahap keyakinan terhadap ketegasan Jakim dalam aspek mengeluarkan sijil halal.

Mohd Amri berkata, ketegasan Jakim memastikan hukum syarak dipatuhi dan aspek kebaikan toyyibah produk serta perkhidmatan terjamin juga adalah faktor mendorong pihak industri mendapatkan pensijilan halal daripada jabatan itu.

Justeru, pihaknya sentiasa memberi kefahaman mengenai maksud halalan toyyibah secara meluas supaya pihak industri serta pengguna tahu bahawa halal bukan saja bebas daripada unsur haram mengikut syarak malah merangkumi perkara lain yang perlu diberi perhatian serius.

"Sembelih ayam putus halkum sudah menepati syarak dan halal tetapi jika tempat meletak ayam tidak bersih boleh menyebabkan kuman bakteria, itu tidak boleh. Konsep baik itu subjektif kerana pemahaman berbeza dan disebabkan itu kita keluarkan standard supaya mudah faham.

"Sekarang ramai sudah faham halal itu bukan tidak ada babi atau benda haram lain dan perlu ditekankan Jakim meneliti secara keseluruhan. Jika makanan, boleh dikatakan kita periksa dari ladang hinggalah dihidangkan di atas meja.

"Rangkaian penyediaan diambil kira termasuk bahan mentah digunakan, serbuk tambahan, label, pembungkusan, pengangkutan, pekerja dan premis. Semua itu dilihat satu persatu kerana ini amanah dan kita bakal dipertanggungjawabkan," katanya.

Katanya, penyebaran maklumat mengenai konsep halal dan kepentingannya dilakukan melalui laman web hab halal, ceramah, seminar, kedutaan di luar negara, badan Islam luar negara yang diiktiraf Jakim serta hebahan di media.

Mengenai syarat bagi syarikat luar negara yang ingin memohon pensijilan halal Malaysia, selain borang permohonan, pihak syarikat perlu melantik eksekutif halal atau menubuhkan jawatankuasa halal dalaman.

Oleh kerana kebanyakan pemilih syarikat dari luar negara bukan Islam, eksekutif halal dan jawatankuasa halal dalaman bertanggungjawab memastikan syarat penggunaan sijil dan logo halal Malaysia dipatuhi dengan berkesan.

Pemeriksaan ke premis pemohon biasanya tidak memakan masa lama tetapi jika ada aspek yang tidak menepati peraturan ditetapkan Jakim, maka pemilik syarikat diminta membuat penambahbaikan dan juruaudit Jakim akan melakukan pemeriksaan semula. Tetapi, bagi permohonan yang jelas tidak menepati hukum syarak, ia tidak akan diluluskan.

Selain syarat permohonan Jakim, pensijilan halal Malaysia turut disertai sijil lain seperti HACCP, Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Sistem Keutamaan Am (GSP).

Mohd Amri berkata, tugas di galang juruaudit Jakim yang melakukan pemeriksaan di premis pihak yang memohon pensijilan halal pemohon bukan mudah dan memerlukan tahap kecekapan serta semangat tinggi kerana tugas itu memang mencabar.

Selain itu, juruaudit yang pakar dalam bidang syariah perlu mengetahui ilmu serta perkembangan teknologi, begitu juga sebaliknya bagi pakar teknologi supaya masing-masing dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

"Juruaudit perlu ada niat suci, roh halal dan jihad halal. Contohnya, nak periksa ayam yang bakal disembelih selalunya operasi bermula seawal jam tiga pagi. Maknanya juruaudit kena bangun pagi dan jika tidak kuat roh jihad, maka syahid jawapannya.

"Begitu juga tugasan luar yang ada kalanya terpaksa melalui penerbangan hingga 30 jam dan jadual di sana pula ketat. Semua itu memerlukan kesabaran dan jika tidak ada jiwa halal, itu yang rasa susah," katanya.

Menyentuh mengenai penguatkuasaan seperti pemeriksaan ke premis yang mendapat pensijilan halal Jakim, ia dilakukan mengikut kategori iaitu bagi berisiko tinggi seperti rumah sembelihan dan syarikat pengeluar produk berasaskan daging, tiga bulan sekali.

Bagi syarikat besar yang menjaga kepatuhan kepada syarat pensijilan yang dikategorikan sebagai berisiko rendah, pemeriksaan dilakukan setahun sekali.


Baca selanjutnya..

0 Sijil halal: Kerajaan perlu ambil langkah komprehensif

Wednesday, May 25, 2011



PETALING JAYA, 25 Mei — Sambil mengakui wujud kelemahan dalam keberkesanan proses patuh sijil halal, Institut Penyelidikan Produk Halal UPM mahu kerajaan mengambil tindakan komprehensif mewajibkan setiap pembekal menyediakan butiran ramuan sesuatu bahan mentah atau yang diproses supaya masalah kewujudan komponen bertentangan dengan Islam, sama ada yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja, dapat dielakkan.
Baca selanjutnya..

0 Eksport produk halal RM30b

Thursday, February 09, 2012

MIHAS 2012 dijangka mencatat jualan RM500 juta menyamai statistik pada tahun sebelumnya.

KUALA LUMPUR - Nilai eksport bagi produk halal dijangka mencecah RM33 bilion pada tahun 2012, kira-kira enam peratus daripada nilai eksport keseluruhan negara, kata Naib Presiden Operasi Halal Industry Developement Corporation Sdn. Bhd. (HDC), Mohd. Raimee Tamin.
Baca selanjutnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top