Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 40 tan minyak masak dirampas

Friday, January 14, 2011



 LORI tangki yang diisi minyak masak disita, semalam.

Kilang tuang bahan dalam botol ke lori tangki

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, menyita sebuah kilang dan merampas hampir 40 tan minyak masak subsidi yang cuba dijual kepada pasaran industri, menerusi kegiatan memindahkan bahan yang sudah dibotolkan itu ke dalam lori tangki. 

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, hasil maklumat orang ramai, 10 anggotanya menyerbu kilang dekat Jalan Mahir 5, Taman Perindustrian Desa Cemerlang di sini kerana disyaki mendalangi kegiatan itu. 

Katanya, dalam serbuan jam 8.30 pagi itu, pasukan diketuai Penolong Penguat kuasa Kanan KPDNKK negeri, Teoh Lian Tong, menemui 5,000 botol kosong minyak masak lima kilogram (kg) setiap satu dalam lori dan sekitar kawasan kilang terbabit dipercayai dibekalkan sebuah syarikat pembekal barangan kawalan itu.

“Berdasarkan pemeriksaan terhadap modus operandi, semua kandungan botol minyak masak itu dipercayai dituang ke dalam sebuah penapis minyak khas yang disalurkan ke dalam sebuah tangki utama sebelum dipam masuk ke dalam tangki lori.

“Pemeriksaan kami menemui 39.93 tan minyak masak dalam tangki utama serta lori tangki, dengan 25 tan daripadanya dipercayai diterima kilang ini semalam dalam bentuk botol 5kg, sebelum dikeluarkan ke dalam penapis untuk dipam ke dalam tangki lori malam tadi,” katanya di premis kilang terbabit.

Katanya, berdasarkan siasatan pihaknya percaya syarikat yang hanya mempunyai lesen membungkus minyak masak itu, cuba mengaut keuntungan menerusi aktiviti memproses minyak subsidi yang sepatutnya dijual kepada orang ramai, untuk jualan industri berikutan harga RM3,800 satu tan.

“Syarikat ini dipercayai membeli minyak masak subsidi dalam kuantiti tinggi sebelum menjualnya ke pasaran industri bagi mendapatkan keuntungan secara mudah.

“Kilang kemudian membuat tuntutan subsidi RM1,700 bagi satu tan minyak masak, sekali gus berupaya mendapat keuntungan lebih 100 peratus,” katanya.

Katanya, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan dua lelaki iaitu pemandu lori dan pengawal kilang berusia lingkungan 40-an bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

BH




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top