Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

2 MENARIK: Bagaimana HIV Berjangkit?

Wednesday, December 30, 2009



Sindrom Kurang Daya Tahan (AIDS)

Apa itu AIDS?


AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan adalah satu penyakit yang serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).

Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV telah merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Apabila sistem pertahanan badan tidak berfungsi, bakteria dan virus-virus lain boleh menjangkiti tubuh badan, menjadikan individu tersebut sakit teruk.

Bagaimana anda dijangkiti HIV?

Anda boleh dijangkiti HIV jika anda terdedah/tersentuh dengan bendalir badan individu yang HIV positif.

Bendalir badan yang boleh menyebarkan virus ini adalah :

* Darah
* Cecair faraj
* Air mani
* Susu ibu


Bendalir yang dijangkiti ini boleh meresap ke tubuh badan seseorang semasa :

* Mengadakan hubungan seks dengan individu yang HIV positif
* Berkongsi jarum dan/atau alat suntikan dengan individu yang HIV positif
(contohnya: bertatu, bertindik/menebuk bahagian badan atau pengambilan
dadah secara suntikan
)
* Terdedah kepada darah seseorang yang HIV positif
* Ibu hamil yang HIV positif akan merebakkan virus kepada kandungannya
semasa hamil, semasa kelahiran dan semasa penyusuan susu ibu

Anda TIDAK akan mendapat HIV melalui :

* Bersalam
* Berpeluk
* Bersin ataupun batuk
* Gigitan nyamuk atau lain-lain serangga
* Berenang
* Berkongsi perkakas untuk makan

Siapa yang berisiko untuk untuk mendapat HIV?

Jika anda :

* Mempunyai ramai pasangan seksual
* Penagih dadah secara suntikan
* Pelacur
* Homoseksual
* Kakitangan perubatan

Bagaimana HIV bertindak ke atas tubuh badan?

HIV merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil 'CD4 helper lymphocyte' (Sel CD4).

Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh

HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain.

Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.

Bagaimana anda mengetahui yang anda HIV positif?

Tanda-tanda jangkitan HIV dan AIDS mungkin tidak timbul untuk beberapa tahun dan anda mungkin tidak mengetahui yang anda telah mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun anda masih boleh meyebarkan virus HIV kepada orang lain pada peringkat ini. Jangkamasa tanda-tanda ini timbul bergantung kepada individu.

Apabila Sistem Pertahanan Tubuh dilumpuhkan oleh Penyakit AIDS/HIV, tanda-tandanya termasuk :

* Terlalu lemah dan lesu
* Penurunan berat badan yang mendadak
* Demam panas yang kerap
* Peluh malam
* Kelenjar limfa membengkak
* Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
* Cirit-birit yang kronik
* Batuk kronik
* Hilang ingatan
* Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat
* Bintik-bintik putih pada mulut dan kerongkong

Bagaimana anda mencegah HIV?

Pada masa ini tiada vaksin yang berkesan.

Walau bagaimanapun jangkitan HIV dapat dicegah melalui :

* Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.

* Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah
di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.

* Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja
perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan
atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.

* Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.

* Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.

* Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam
pencegahan HIV, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.

* Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan
pertimbangan anda.

* Menggunakan jarum yang bersih dan basmikuman.

Jika anda juga mengidap jangkitan seksual (STIs) pada masa yang sama, anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

Bagaimana jangkitan HIV dikesan?

Jumpa doktor untuk ujian darah. Keputusan ujian darah akan mengambil masa beberapa hari. Keputusan anda adalah sulit. Anda juga boleh mendapatkan sesi kaunseling untuk maklumat lanjut mengenai jangkitan HIV dan pencegahannya.

Bolehkah ia dirawat?

Pada masa ini jangkitan HIV tidak dapat dipulih sepenuhnya.

Kombinasi ubatan antivirus dan ubatan yang meningkatkan pertahanan tubuh badan digunakan untuk mengawal jangkitan, bagi terus hidup sihat dan memanjangkan usia pengidap HIV.


Related Posts by Categories



2 komen

Anonymous said...

bolehkah Hiv berjangkit melalui air liur. seorang lelaki telah melakukan seks oral dgn cara perempuan itu menghisap penis si lelaki. bolehkah hiv berjangkit dgn cara begini ?

June 19, 2012 at 10:34 PM
Anonymous said...

Salam, adakah anda atau sesiapa yang anda kenal berisiko mendapat jangkitan HIV samada melalui pendedahan pekerjaan dan sebagainya? Saya merupakan ejen syarikat pembekal yang membekal HIV rapid test kits kepada klinik/makmal hospital. Saya boleh membekalkan HIV home test kit secara online untuk anda membuat ujian sendiri di rumah. Prosedur mudah dan dapat result dalam 5 minit (99.9% accurate, specific dan sensitive).Test kit yang sama digunakan di klinik-klinik dan test labs. RM68 single kit, RM120 untuk 2 units. Untuk order sila sms/whatsapp TESTKIT ke nombor 013-8573416.

August 14, 2014 at 1:58 AM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top