Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

3 MENARIK: Hukum Menyambut Tahun Baru 31 Disember

Thursday, December 31, 2009



HUKUM MENYAMBUT TAHUN BARU


Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri.

Adapun, menyambut tahun baru Masehi (yang dikira menurut awal kelahiran Nabi Isa as), menurut pandangan saya (Ustaz Zaharuddin), ia adalah HARUS secara bersyarat. Syarat-syaratnya seperti berikut :-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan program keagamaan, maka saya masih merasakan HARUSNYA kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya :
 
"Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : "Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"

Ertinya : 

"Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)


* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali di Kelantan atau dalam sebuah Negara yang pemimpin dan rakyatnya mempunyai ilmu agama yang baik. Justeru, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula " (al-Zalzalah : 7-8)

Adakah 7 dosa-dosa kecil (saperti hasad, dengki) yang dosa dan akibatnya lebih besar dari 7 dosa-dosa besar?

Maksud hadis Nabi SAW yang berbunyi :

"Janganlah kamu menganggap sesuatu dosa itu sebagai dosa besar kerana kemungkinannya dia dosa kecil dan sebaliknya janganlah kamu menganggap sesuatu dosa itu kecil, kemungkinannya ia adalah dosa besar"

Adapun 7 dosa besar yang disebut dalam hadis itu adalah contoh sebahagian dosa besar sedangkan masih banyak lagi dosa-dosa besar yang lain. Apa yang penting bagi kita adalah berusaha menjauhi segala dosa dan bertaubat dengan segera jika kita telah melakukannya. Antara contoh sifat-sifat mazmumah seperti riak, 'ujub, takbur dan fitnah.

Wallahua'lam

Ustaz Zaharuddin


Related Posts by Categories



3 komen

Mi vida said...

salam..sume benda asalnya harus, tp sebab manusia ni buat benda x pikir, tu la yg membawa ke haram...sume syarat2 kt atas mustahil tuk dilakukan kecualilah pemimpin yg tahu hukum hakam memerintah negara ni...

nk tny la pendapat sape2 je..negara islam ke Malaysia ni..huhu..bagi ana..tersasar jauhhh sangat..

December 31, 2009 at 10:28 AM
eb! said...

salam..kebanyakan orang lupa perkara asas atau mgkin tidak mempunyai pengetahuan tentang hukum hakam..jadi mereka fikir semua yg akan dilakukan itu adalah benda remeh temah sehingga tidak sedar keburukannya pada diri sendiri, agama, bangsa dan negara...

maka, kite mesti cari jalan penyelesaian dgn cara mencari, mendalami dan mengaplikasikan ilmu duniawi dan akhirat untuk kebahagiaan kita bersama...insyaallah

terima kasih mi vida ;;) i like your opinion

December 31, 2009 at 10:57 AM
Anonymous said...

hmmm....itulah dunia skrang..manusia sangat mengejar kebendaan duniawi semata2 tanpa memikirkan nikmat ukhrawi kelak..mmg mnusia x smpurna tapi Allah dah bgi kita akal dan iman untuk berfikir dan berusaha kearah kesempurnaan dan mmg kita xkan capai kesempurnaan itu..sbb mnusia mmg dah lmrah x akan puas hti antra stu sma lain dan itu mnjukkan ksmprnaan kita..

ingatlah wahai mnusia bhawa hidup kita ni mrupakan satu prjlana dlm mncari keredhaan dan cinta Allah yang merupakan cinta yang paling agung dan paling SEMPURNA...

Wallahualam,,,selamat beramal semua. ;)

December 30, 2011 at 12:02 PM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top