Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

2 MENARIK: Lagi Dosa-dosa Besar

Tuesday, December 15, 2009

Assalamualaikum wbr ...

Lagi Dosa-dosa besar...

Apakah itu dosa? Setiap perbuatan atau sesuatu yang menyalahi perintah‑perintah Allah S.W.T samada perintah untuk meninggalkannya adalah berdosa namanya.


Dosa ini terbahagi kepada dua jenis. Dosa antara hamba dan Tuhan dan dosa yang berhubung dengan hak‑hak hamba iaitu antara manusia dengan manusia. Dosa ini juga terbahagi kepada dua perkara : dosa besar (al‑kabair) dan dosa kecil (shaghair).

Para Ulamak bersalah‑salahan pendapat mengenai berapa banyak dosa besar yang sepatutnya diketahui kerana hanya dengan mengetahui apakah itu dosa‑dosa besar dan kecil kita tahu bagaimana hendak bertaubat dan meninggalkannya.

Kejahatan‑kejahatan yang melibatkan dosa besar yang sering diperkatakan ialah tiga iaitu : judi, minum arak dan kaki perempuan. Tetapi, setengah‑setengah Ulamak pula berpendapat ada tujuh dosa besar. 
Namun Adz‑Dzahaby, pengarang kitab Al‑Kabair menyebutkan adanya 70 dosa besar yang perlu diketahui kerana beliau berpandukan kepada perkataan Ibnu Abbas :


"Dia lebih dekat kepada 70 daripada tujuh saja ".

Adapun daripada 70 dosa besar itu ialah :

1) Menyekutukan Allah ‑ menjadikan sekutu bagi Allah.

2) Riak dalam amal perbuatan.

3) Mengamalkan sihir.

4) Meninggalkan sembahyang.

5) Enggan mengeluarkan zakat.

6) Sengaja berbuka di bulan Ramaddan.

7) Tidak mengerjakan ibadat Haji sedangkan mempunyai upaya dan kemampuan

8) Derhaka kepada ibu‑bapa.

9) Memutuskan hubungan silaturrahim.

10) Berzina.

11) Mengadakan hubungan sejenis.

12) Makan riba.

13) Memakan harta anak yatim.

14) Berdusta kepada Allah dan Rasulnya.

15) Melarikandiri dari barisan peperangan sedangkan kekuatan musuh tidak melebihi dari kekuatan barisan muslimin, kecuali kerana hendak mencari tempat yang baik untuk memperbetulkan strategi atau menggabungkan diri dengan barisan muslimin yang lain.

16) Penipuan pemimpin terhadap rakyat dan menganiaya meraka.

17) Takbur,bermegah‑megah, sombong dan besar diri.

18) Menjadi saksi palsu.

19) Meminum arak.

20) Berjudi.

21) Membuat fitnah terhadap perempuan yang bersih dan menuduh ia berzina.

22) Mengambil harta yang belum dibahagi‑bahagikan secara adil, mengambil
sesuatu dari Baitulmal tanpa izin yang berhak atau mengambil sesuatu
dari zakat yang dikumpulkan.

23) Mencuri.

24) Merompak atau membuat kekacauan.

25) Bersumpah palsu untuk mengambil hak orang.

26) Menganiaya manusia dengan merampas harta benda mereka serta memukul
dan memaki.

27) Berlambat‑lambat membayar hutang oleh orang yang berkemampuan.

28) Mengambil cukai bayaran kepada orang yang melewati perbatasan dengan paksa.

29) Memakan makanan haram dan mencarinya. Umpamanya memakan daging
babi dan memburunya.

30) Membunuh diri.

31) Berbohong, berdusta (selalu bohong dalam ucapan).

32) Tidak menjalankan hukuman dengan adil.

33) Menerima rasuah atau makan dalam menetapkan hukum.

34) Perempuan yang menyerupakan dirinya pada lelaki dan lelaki yang
menyerupakan dirinya kepada perempuan.

35) Tidak menaruh perasaan cemburu dan membiarkan orang lain mencabuli
kehormatan keluarganya.

36) Bercina buta.

37) Tidak membersihkan diri dari hadas besar.

38) Riak.

39) Belajar semata‑mata kerana dunia dan menyembunyikan ilmu pengetahuan.

40) Mengkhianat.

41) Membangkit‑bangkitkan sesuatu pemberian (sedekah) yang telah diberikan
kepada seseorang.

42) Tidak percaya kepada qadar Tuhan.

43) Mencari‑cari keaiban seseorang dan menceritakan rahsia yang diamanahkan.

44) Suka mengadu‑adukan, membawa fitnah untuk merosakkan hubungan orang.

45) Mengutuk‑ngutuk orang.

46) Tidak menepati janji.

47) Mengukir patung pada batu atau membentuk ukiran manusia dan binatang
secara timbul di kain atau sebagainya.

48) Mempercayai tukang tilik.

49) Durhaka terhadap suami.

50) Menampar‑nampar pipi, mengoyak‑ngoyakkan pakaian sambil menyumpah‑
nyumpah diri bila mendampingi kecelakaan atau masalah besar.

51) Membuat penganiayaan terhadap satu‑satu golongan.

52) Berlaku kasar terhadap fakir miskin, kaum kerabat, hamba sahaya atau
lain‑lain.

53) Menyakiti hati dan perasaan jiran tetangga.

54) Menyakiti perasaan orang muslimin serta memaki‑maki.

55) Menyebabkan orang lain melarat.

56) Memanjang‑manjangkan cerita tentang keburukan orang lain dengan
penuh sombong dan angkuh.

57) Memakai sutera dan emas bagi lelaki.

58) Hamba yang lari dari tuannya.

59) Menyembelih binatang lain dari kerana Allah. Umpamanya untuk ancak
atau memuja hantu.

60) Memperbodoh‑bodohkan orang lain.

61) Kedekut air.

62) Mengurangkan sukatan, timbangan dan ukuran.

63) Merasa diri selamat dari dugaan Allah.

64) Tidak takut menghadapi azab di hari Akhirat, dan tidak mengharapkan
keampunan dari Allah.

65) Meninggalkan berjemaah dan bersembahyang sendirian dengan ketiadaan uzur.

66) Kekal meninggalkan sembahyang Jumaat dan jemaah dengan ketiadaan uzur.

67) Membuat wasiat yang boleh menyebabkan kemelaratan bagi ahli waris.

68) Menipu.

69) Membuka rahsia orang Islam kepada pihak musuh.

70) Memaki salah seorang sahabat dan aulia Allah.

Wallahua'lam...





Related Posts by Categories



2 komen

Anonymous said...
Anonymous said...

halim_noorazam- gud luck syg

December 16, 2009 at 9:36 PM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top