Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Mengapa TV3 Buat Iklan Raya 2010 Macam Tu

Sunday, September 05, 2010


Isu dan kontroversi iklan Raya TV3 tahun ini MENARIK perhatian seluruh warganegara Malaysia!

tONTon Video Iklan Raya TV3 2010, sungguh kesal dan sedih. Apa nak jadi sekarang ni?
video


Generasi muda terutama kanak-kanak, malah remaja sekolah atau remaja awal peringkat universiti/kolej tidak tahu atau tidak sedar elemen-elemen Amithaba dari Buddha.  Tetapi, Santa Claus tu semua jelas di dalam iklan raya tersebut. 

Apa itu BuddhaApa itu Kristian?

 Elemen Santa Claus - Kristian

 
Elemen bunga amithaba - Buddha
SANTA CLAUS ADA KAITAN DENGAN HARI RAYA AIDILFITRI KE? Apatah lagi BUNGA AMITHABA. Bagi kanak-kanak, elemen fantasi yang diselitkan memang menarik perhatian seperti cerita Walt Disney
 
Apa nak jadi, Hari Raya Aidilfitri pun nak dikaitkan dengan 1 Malaysia? Selepas tu, semua bercampur baur, semua menjadi haru biru kerana semua tidak faham 1 Malaysia tu sebenarnya bagaimana

JAdi ada pihak yang mengambil kesempatan dengan agenda yang kita tak pasti objektif dan tujuannya kepada rakyat Islam khususnya di negara kita.

Hari Raya Aidilfitri asasnya disambut kerana umat Islam berjaya puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan, Masyaallah, apa nak jadi dah ni?

Ini tanda dunia nak Kiamat, oleh itu umat Islam mesti lebih berhati2, ramai musuh Islam dalam selimut sudah mula ingin menjatuhkan agama Islam.

Ini kerana musuh Islam memang sangat cemburu dengan kekuatan dan perpaduan masyarakat Islam sejagat di dunia. 

Tetapi kini kita di Malaysia. Malaysia ialah negara Islam. Rakyat Malaysia majoriti beragama Islam mesti bertindak menentang ajaran atau elemen berbau Kristian atau apa sahaja yang akan memesongkan aqidah agama kita, iaitu agama Islam.

1 Malaysia tidak ada kena mengena dengan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh umat Islam selepas berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan. Bila buat sesuatu, janganlah ala kadar atau lepas tangan sehingga tidak menyemak elemen yang sesuai dalam sesuatu kerja berkaitan agama kerana ia isu sensitif!

Fikirkanlah, lainlah cuti di Malaysia banyak KERANA Malaysia mempunyai pelbagai kaum.

Jadi KITA tidak patut campur adukkan perkara agama Islam dengan agama lain nih, na'uzubillah.




Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top