Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

3 Jalan Ditutup Sempena Tahun Baru 2010

Thursday, December 31, 2009



JALAN DITUTUP SEMPENA TAHUN BARU 2010
Sumber: Bernama


KUALA LUMPUR: Beberapa jalan raya di sekitar bandaraya akan ditutup pada 31 Disember ini bersempena sambutan ambang tahun baru 2010 yang akan diadakan di beberapa lokasi termasuk di Dataran Merdeka dan Bukit Bintang.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor dalam satu kenyataan hari ini berkata, jalan-jalan yang akan ditutup ialah bermula dari lampu isyarat Jalan Hishamudin/Jalan Raja, hingga lampu isyarat Jalan Raja/Jalan Tuanku Abdul Rahman mulai pukul 7 malam (31 Disember) sehingga acara sambutan selesai untuk sambutan di Dataran Merdeka.

"Bagi sambutan di Bukit Bintang jalan yang ditutup bermula dari lampu isyarat Jalan Imbi/Jalan Sultan Ismail menghala ke lampu isyarat Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang mulai pukul 0001 pagi (31 Disember) hingga pukul 6 pagi 1 Januari 2010," katanya.

Rusli berkata, laluan-laluan di sekitar Kuala Lumpur juga dijangka akan ditutup secara berperingkat-peringkat mengikut keadaan lalulintas semasa.


Related Posts by Categories



3 komen

Didi Nadhirah said...

sure jem petang ni....adoii exercise kaki la petang ni nampaknye dalam kete

December 31, 2009 at 11:01 AM
eb! said...

aah pasti, hihihi selamat tahun baru ya didi nadhirah! thanx :x

December 31, 2009 at 3:39 PM
daniel putra said...

org sambut tahun baru tu org kapir je

December 30, 2010 at 8:48 AM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top