Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari
0 Karnival BEST bantu keluarga bermasalah
Friday, October 21, 2011
0 3,206 isteri hidap HIV
Monday, December 06, 2010
0 Langkah Awal Jika Dirogol
Friday, September 24, 2010
Hukuman Mati Buang Bayi
Friday, August 13, 2010
Hukuman Mati Kes Buang Bayi
Sumber: Berita Harian
KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.
Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bukan saja wanita terbabit dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung.
Katanya, polis juga diminta menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.
Keputusan itu dicapai selepas kementerian sekali lagi membawa isu pembuangan bayi ke mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin kerana perbuatan itu berleluasa walaupun kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menangani masalah berkenaan.
Saya tidak mahu ada pihak mengambil ringan kes pembuangan bayi sehingga membiarkan menjadi budaya yang menular dalam masyarakat seolah-olah kita
berada pada zaman jahiliah.
Sekian lama kerajaan menangani masalah kes pembuangan bayi menerusi pendekatan kebajikan termasuk kempen dan pelbagai program, malangnya masih ada manusia sanggup membunuh bayi, katanya selepas majlis penyerahan bantuan khas perbendaharaan kira-kira RM2.7 juta kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya, semalam.
Shahrizat berkata, langkah itu wajar untuk membawa pihak bertanggungjawab membunuh bayi dihadapkan ke mahkamah, sekali gus diberikan hukuman setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.
Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu.
Oleh itu, tiada alasan dan maaf bagi mereka yang masih sanggup melakukan kesalahan membuang bayi kerana pelbagai program dan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan. Saya juga mahu memberi amaran kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, katanya.
0 PM Lancar Tahun Kreativiti Dan Inovasi Malaysia 27 Jan
Friday, January 22, 2010
PM Lancar Tahun Kreativiti Dan Inovasi Malaysia 27 Jan
Sumber: Bernama
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pelancaran tahun 2010 sebagai Tahun Kreativiti dan Inovasi Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 27 Jan ini dilihat tepat pada masanya dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan pencipta terutama di kalangan generasi muda ke arah mencapai matlamat negara maju menjelang 2020.
Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersialan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dato Dr Mohamed Shariff Mohamed Din berkata dengan pelancaran itu nanti, beliau yakin golongan muda terutamanya mampu menjadi lebih kreatif dan seterusnya mampu berfikir di luar kotak.
" Bila kita katakan inovasi itu maksudnya kita mesti fikirkan sesuatu yang baru...kita kena perbaiki diri sendiri, dari itu kita boleh memudahkan kehidupan kita, lebih efektif, lebih efisien.
"Jika kita tidak membuat perubahan dari sekarang, negara kita akan ketinggalan daripada pelbagai aspek. Lihat negara maju seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan negara Eropah...mereka maju disebabkan inovasi. Kalau kita tak berinovasi kita akan ketinggalan, " katanya kepada Bernama di pejabatnya di kampus UPM Serdang di sini.
Beliau berkata negara kini mempunyai banyak komoditi yang boleh dimanfaatkan bagi menghasilkan banyak penemuan baru, dan kerana itu kita tidak boleh cepat berpuashati.
Sebagai contoh, katanya Malaysia mengeksport minyak kelapa sawit, tetapi daripada pokoknya banyak lagi produk yang boleh hasilkan dan itulah yang perlu dilakukan.
" Kita tidak seharusnya puashati apabila menghasilkan satu penemuan sahaja seperti daripada minyak sahaja....tapi sebenarnya banyak lagi yang boleh kita hasilkan," katanya.
Sehubungan itu, Mohamed Sharif berkata tidak ada istilah terlambat dalam usaha untuk memulakan transformasi ini(inovasi dan kreatif) kerana yang paling penting ialah menanam budaya (inovasi) tersebut bermula dari sekarang.
" Kita mesti bermula dengan apa sahaja. Kalau kita tak mencapainya 100 peratus pun menjelang 2020 paling kurang kita telah adakan budaya kita untuk berinovasi dan berkreatif.
"Kalau tak capai pun pada masa tu mungkin menjelang 2030, tapi proses itu mesti berlaku, bukannya kita mulakan hari ini esok berhenti..tak boleh. Ia mestilah proses yang berterusan, sangat penting untuk mencapai kejayaan," katanya.
Mohamed Shariff berkata inovasi dan kreatif juga boleh diterapkan dalam sistem pembelajaran di negara ini agar ia boleh menjadikan pelajar mampu berfikir di luar kotak namun sistem itu perlu dilihat kembali.
Beliau berkata untuk mentransformasikan masyarakat agar menjadi kreatif dan berinovasi, penjelasan mengenai kebaikannya kepada individu dan negara perlu dipergiatkan.
"Masyarakat perlu difahamkan bahawa dengan berkreatif dan berinovasi negara boleh maju dan tidak lagi ketinggalan berbanding negara maju yang lain.
"Dengan adanya globalisasi, persaingan antara negara-negara memang hebat, dan hanya negara yang berinovasi dan berkreatif akan lebih maju dari segi teknologi," katanya.
0 Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan
Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan
Sumber: Bernama
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat.
Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan.
Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas.
Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta reaksi alergi. Pendedahan pada jangka masa lama juga dikaitkan dengan penyakit hati dan buah pinggang.
Oleh itu, wap dari cat adalah tidak sihat! Sehinggakan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat dilapor menetapkan bahawa cat ialah antara lima 'bahaya' bagi alam sekitar.
BAHAN ORGANIK MUDAH RUAP
Cat mengandungi banyak wap sebatian organik (VOC) yang boleh memberi reaksi alergi kepada manusia. Bahkan semakin 'lebih seri' warna sesuatu cat bermakna lagi banyak kandungan VOC di dalamnya.
Bagi cat minyak pula, ia mengandungi lebih banyak VOC jika dibandingkan dengan cat berasaskan air atau lateks.
Bila lapisan cat mengering, ia akan menghasilkan evaporasi VOC yang kemudiannya meresapi udara serta bertukar menjadi bahan 'pencemar'.
Vapor atau wap dari cat serta bahan kimia yang lain memberi risiko kesihatan bagi kanak-kanak, orang tua dan juga mereka yang mempunyai ketahanan imun badan yang rendah.
Jadi bagaimana kita lindungi mereka dalam kumpulan ini daripada bau, wap serta gas yang dihasilkan cat bila memberi lapisan cat baru kepada dinding rumah?
Jawapannya ialah cat 'sifar VOC' atau yang mempunyai kandungan VOC rendah yang dikeluarkan sebagai alternatif kepada konsumer yang peka terhadap kesihatan.
CAT VOC RENDAH
Menurut Soo Fee Wah, Pengarah Urusan Mr Paint Man Sdn Bhd, syarikat itu menawarkan cat yang mesra alam serta VOC rendah bagi memastikan bahan kimia yang membahayakan kesihatan bukannya lagi satu masalah.
Sebagai mengukuhkan komitmen terhadap keselamatan serta kepuasan pengguna, syarikat itu menghantar cat keluarannya ke sebuah makmal di negara jiran yang terkemuka dalam bidang penilaian produk bersepadu dan komprehensif, perkhidmatan pemeriksaan dan persijilan.
"Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa hasil ujian mengesahkan cat keluaran kami adalah rendah VOC, kurang wap, serta rendah bau selain bebas daripada bahan kimia yang berbahaya," kata beliau.
Produk Mr Paint Man juga menepati standard piawaian alam sekitar SIRIM.
Baru-baru ini Soo memperkenal logo mesra alam Mr Paint Man iaitu 'Ecofren'. Logo itu akan tampil bersama maskot Mr Paint Man bagi semua cat berasaskan air keluaran syarikat itu.
JAMINAN KEPADA PENGGUNA
"Ia merupakan satu tanda jaminan bagi pengguna bahawa produk kami telah melepasi ujian yang ditetapkan dan tiada kandungan berbahaya yang ditemui. Pengiktirafan ini memperakui ciri profail pemuliharaan alam sekitar dan keselamatan kami," kata Soo.
Menurut Soo, pengguna harus berwaspada terhadap sesetengah cat yang mengandungi bahan berbahaya terhadap kesihatan seperti formaldehid dan kadmium.
Formaldehid boleh mendatangkan iritasi atau keradangan mata dan selaput mukus, di samping mencetuskan simptom asma, manakala kadmium dikaitkan dengan perapuhan tulang dan kegagalan fungsi buah pinggang. Kadmium juga merupakan satu daripada enam bahan yang diklasifikasikan sebagai bahan larangan oleh Kesatuan Eropah (EU) untuk Bahan Berbahaya.
Soo melahirkan keyakinan bahawa produk Mr Paint Man, dengan status mesra alam serta kebaikan Teknologi UBAK Jepun, akan menjadikan cat itu pilihan bagi mereka yang mahu memberikan rumah mereka lapisan cat yang baru.
Teknologi itu, hasil kerjasama dengan Kansai Paints dari Jepun iaitu antara syarikat yang terulung dalam bidang industri cat, telah memberi tahap kelegapan atau paras penutupan yang baik, sapuan cat yang lebih halus dan sempurna pada permukaan yang dicat.
"Tahap kelegapan tinggi merujuk kepada keupayaan cat menyembunyikan warna lama dinding tanpa apa-apa bayangan terhadap lapisan lama. Ini penting kerana cat yang rendah legap bermakna lebih banyak lapisan cat terpaksa digunakan dan ini memakan lebih banyak tenaga, masa dan kos," jelas Soo.
Produk Mr Paint Man terdiri daripada cat bagi kegunaan luaran serta dalaman.
Disesuaikan dengan keadaan cuaca tropika Malaysia, syarikat itu yakin jenama ini semakin menjadi pilihan bagi mereka dalam industri cat.
2 MENARIK: Bau Badan Terbaik Untuk Memikat
Thursday, January 21, 2010
Bau Badan Terbaik Untuk Memikat
Sumber: BeritaHarian
FLORIDA: Bau badan wanita dan bukan pewangi adalah faktor terbaik memikat lelaki, kata saintis.
Berikutan itu, wanita digesa melupakan saja membeli pewangi mahal sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada bau badan untuk mencari teman, lapor Daily Mail, semalam.
Penyelidik Universiti Florida State mendapati, lelaki lebih terangsang apabila menghidu bau badan wanita ketika kesuburannya di tahap tertinggi.
Sebelum ini, wanita dikatakan tertarik bau badan lelaki mengandungi 'feromon' yang menjadi isyarat memikat wanita.
Kajian terbaru menunjukkan keadaan sama juga bagi lelaki akan terpikat kepada bau badan wanita.
Penyelidik itu ialah Saul Miller dan Jon Maner yang melakukan ujian terhadap 68 sukarelawan lelaki berusia 18 hingga 23 tahun.
Sukarelawan diarah mencium kemeja-T wanita dalam pelbagai peringkat kesuburan dan didapati tahap rangsangan lelaki meningkat apabila menghidu bau badan asli. � Agensi
0 WAJIB BACA: Akta Anak Abaikan Ibu bapa
Akta anak abaikan ibu bapa
Oleh Noor Azimah Romli
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini sedang dalam kajian mewujudkan satu akta yang membolehkan tindakan diambil terhadap anak yang mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa.
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Meme Zainal Rashid, perkara itu memerlukan kajian mendalam kerana ia membabitkan perhubungan antara anak dengan ibu bapa.
“Kita tidak mahu anak menjaga orang tua mereka dalam keadaan terpaksa tetapi hendaklah atas dasar kesedaran, kerelaan, sikap menghormati dan menyayangi orang tua mereka.
0 MENARIK: Korea Selatan lancar kempen 'buat anak'
Macam-macam: Korea Selatan lancar kempen 'buat anak'
Sumber: BeritaHarian
SEOUL: Pekerja kerajaan Korea Selatan kini diberi arahan luar biasa iaitu 'pulang awal dan buat anak,' menurut laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), semalam.
Pegawai Kementerian Kesihatan, misalnya, akan menutup semua lampu di bangunan itu pada 7 malam setiap Rabu bertujuan menggalakkan kakitangannya menghabiskan masa ‘berkualiti’ dengan pasangan masing-masing.
Langkah itu akan diulangi setiap bulan bertujuan meningkatkan kadar kelahiran negara berkenaan. - Agensi
1 TAHNIAH: Angkasawan Negara Sheikh Muzaffar dan Serina Chef Wan
Saturday, January 02, 2010
TAHNIAH: PERTUNANGAN SHEIKH MUZAFFAR DAN PERKAHWINAN SERINA CHEF WAN
Serina Sah Bergelar Isteri
KUALA LUMPUR: Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Serina Redzuawan, 26, sah bergelar isteri kepada Pengarah Eksekutif Football Focus Sdn Bhd, Gavin O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahuddin Ghaffar, 33, setelah dinikahkan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Serina, yang berwalikan bapanya Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan Chef Wan, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Na'zafudin Mohd Nadzir pada jam 11.29 pagi dengan disaksikan kaum keluarga dan rakan-rakan artis.
Serina, yang anggun mengenakan busana putih rekaan Jovian Mandagie pada majlis akad nikahnya itu, kelihatan ceria selepas Mohd Na''zafudin mengesahkan ikatan perkahwinannya dengan Salahuddin, yang berasal dari England.
Kemudian, Chef Wan membaca kenyataannya kepada Salahuddin sebelum menyerahkan Serina kepada menantunya itu.
Ini disusuli dengan Salahuddin menyerahkan mas kahwin RM1,000 serta wang hantaran sebelum menyarung cincin ke jari Serina semasa upacara membatal air sembahyang.
Selepas itu, kedua-dua pengantin saling bertukar hantaran dengan Salahuddin memberi wang hantaran RM30,000 serta tujuh dulang hantaran termasuk alat solek, sepersalinan baju, senaskhah al-Quran dan kek.
Pengantin perempuan membalas dengan sembilan hantaran termasuk senaskhah al-Quran, kemeja, jam tangan, tali pinggang serta set minyak wangi.
Serina, yang popular dengan drama siri kepolisan Akademi Polis dan Roda-Roda KL, ketika ditemui selepas majlis itu meluahkan rasa gembiranya serta mengakui perlu melalui fasa baru dalam kehidupan berumah tangga yang memerlukan komitmen tinggi.
"Saya mempunyai tanggungjawab yang berat memandangkan suami saya seorang mualaf, maka saya perlu membimbing suami, saya perlu memberi contoh yang baik kepadanya dan Insya-Allah saya akan cuba buat yang terbaik demi kebahagiaan kami," katanya.
Sementara itu, Chef Wan ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur kerana dapat menyempurnakan majlis pernikahan anaknya.
Chef Wan berkata semasa membaca kenyataan kepada menantunya itu, beliau tidak dapat menahan perasaan sedih dan menangis kerana terkenang pelbagai peristiwa lama.
"Saya terkenang kembali saat saya melalui proses perceraian, Serina yang masih kecil ketika itu, perlu mencari nafkah untuk membesarkan anak-anak, kisah percintaan Serina dengan pelakon allahyarham Hani Mohsin suatu ketika dulu dan saya turut bersyukur kerana saya dapat kahwinkan anak dan melihat sendiri pernikahannya, " katanya.
Sebagai seorang bapa, katanya beliau mendoakan kebahagiaan rumah tangga anak gadisnya itu akan berkekalan dan sempat memesan kepada Serina supaya menghormati suami.
Menurut Chef Wan beliau juga begitu teliti dalam persiapan majlis perkahwinan Serina memandangkan perkahwinan anaknya itu merupakan promosi kebudayaan kepada negara kerana ia bakal disiarkan di seluruh dunia menerusi saluran Asian Food Channel (Astro-Saluran 703) pada Februari ini.
Beliau berkata AFC akan menayangkan selama dua jam di saluran mereka untuk mempromosikan Malaysia dan adat budaya perkahwinan Melayu menerusi perkahwinan Serina dan Salahuddin.
Majlis merisik dan bertunang pasangan itu diadakan semalam di Hotel The Royal Chulan diikuti majlis berinai kecil pada sebelah malamnya di Hotel JW Marriot.
Majlis berinai besar akan diadakan malam ini di Restoran Neon, Jalan Sultan Ismail di sini dan diikuti majlis persandingan malam esok. - Bernama
Dr. Sheikh Muszaphar Milik Dr. Halina
Angkasawan negara kita, Dr. Sheikh Muszaphar akhirnya dah selamat bertunang dengan Dr. Halina hari nie (1 Januari 2010). Cuba tengok gambar pertunangan Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina kat atas tue. Memang dua-dua sama cantik dan sama padan. Sorang pakai baju kelabu sorang pakai baju pink. Nie kalau kawin nanti dapat anak mesti hensem and cute-cute kan?
Tahniah buat angkasawan negara kita. Semoga segalanya selamat menuju perkahwinan yang dirancang pada 10/10/2010 nanti.
0 Tan Sri Mohamed Rahmat Meninggal Dunia Sewaktu Tidur
Friday, January 01, 2010
PEMERGIAN TAN SRI MOHAMED RAHMAT
Al-Fatihah...
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, pagi ini.
Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72
pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.
Anak sulungnya Datuk Nur Jazlan, yang juga Anggota Parlimen Pulai, berkata
bapanya disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.
"Beliau meninggal dalam tidur," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya di sini, hari ini.
Nur Jazlan berkata, allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Bukit Kiara di sini selepas Asar.
Beliau berkata, allahyarham bapanya menghidapi penyakit buah pinggang
sejak 10 tahun lalu dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.
Sinonim dengan gelaran ''Tok Mat'', pemimpin veteran Umno itu menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
2 Sambutan Tahun Baru 2010 vs Separa Bulan 1.1.2010
KUASA ALLAH BERLAKUNYA SEPARA BULAN 1.1.2010
Itulah kuasa Allah SWT, malam sambutan tahun baru 2010 berlaku fenomena separa bulan pada jam 1:17 a.m. Jom kita lihat sendiri separa bulan yang diambil dari jarak dekat! Sebelum tu, kita saksikan sambutan New Year 2010 @Bukit Bintang KL! Hepi New Year Everyone^-^
Apalah hikmahnya kan? First time, berlaku fenomena separa bulan pada malam tahun baru? Fikir-fikirkanlah!
7 SeLamaT TinggaL 2009, SeLaMaT DataNg 2010!
Thursday, December 31, 2009
SELAMAT TAHUN BARU DARI EPISODBARU.BLOGSPOT.COM
Ucapan Tahun Baru
Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pembaca episodbaru! Semoga the upcoming years fill with prosperous love and happiness! And Bless from Allah SWT^-^
Episodbaru@zira
:: Artikel Popular ::
- Permohonan UPU Online 2010/2011 Dibuka Sekarang!
- WAJIB BACA: Panduan Mengerjakan Umrah
- MENARIK: Nak Tahu Perbezaan Handphone Made in China dan Original
- Hantaran Untuk Lelaki dan Perempuan
- 40 tan minyak masak dirampas
- Episod Akhir Cinta dan Anugerah TV9
- Salji buruk lumpuhkan New York
- Tanda-tanda Penghidap HIV
- MENARIK: Bagaimana HIV Berjangkit?
- Ketahui Tentang Produk Kecantikan Simplysiti
