Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 China, India terajui jualan gajet global

Tuesday, January 10, 2012



 Gambar hiasan

Mampu raih AS$1 Trillion buat kali pertama walaupun kurang permintaan AS, Eropah

NEGARA sedang membangun seperti China dan India akan menjadi pemacu utama jualan produk elektronik pengguna global sehingga melebihi AS$1 trillion buat kali pertama dalam sejarah, meskipun pengguna Amerika Syarikat (AS) dan Eropah Barat mengurangkan perbelanjaan bagi peralatan berteknologi tinggi, kata penganalisis industri. 

Negara sedang membangun dijangka menyumbangkan 46 peratus daripada jualan gajet global pada 2012, meningkat daripada 37 peratus empat tahun lalu, menurut GfK Boutique Research dan Persatuan Pengguna Elektronik. 
Negara sedang membangun dijangka menyumbangkan 46 peratus daripada jualan gajet global pada 2012, meningkat daripada 37 peratus empat tahun lalu. - GfK Boutique Research dan Persatuan Pengguna Elektronik 
Kumpulan itu membentangkan ramalan mereka lebih awal sebelum Pameran Pengguna Elektronik Antarabangsa yang bermula hari ini di Las Vegas.

Kumpulan itu mengunjur jualan produk elektronik global pada 2012 berjumlah AS$1.038 trilion, meningkat lima peratus berbanding tahun lalu.

Pengguna di China serta negara lain sedang membangun Asia, Amerika Latin serta Eropah Tengah dan Timur menggemari barangan berteknologi tinggi berikutan peningkatan taraf hidup ke arah gaya hidup kelas pertengahan.

Sementara itu, jualan gajet di AS, Jepun dan Eropah Barat tidak berubah ekoran kegagalan meningkatkan penguasaan perbelanjaan pengguna.

Dalam perkembangan lain, NPD Group pada Ahad lalu berkata, jualan pengguna elektronik di AS susut 5.9 peratus pada musim cuti lalu, kerana telefon pintar mengambil alih jualan gajet persendirian seperti kamera, perakam video dan Sistem Penentu Arah (GPS).

Firma itu yang merekodkan jualan runcit berkata, jualan produk elektronik kecuali telefon AS$9.5 bilion dalam tempoh lima minggu berakhir 24 Disember.

Jualan perakam video menjunam sehingga 43 peratus, dan jualan bingkai gambar digital jatuh 38 peratus. Unit GPS merosot 33 peratus. Jualan komputer peribadi dan televisyen susut hanya 4 peratus, dirangsang oleh jualan televisyen yang lebih besar daripada 50 inci (127 sentimeter).

Peruncit elektronik terbesar di AS, Best Buy Co berkata, jualan pada Disember perlahan kerana kelemahan trafik. Penjualan di kedai yang dibuka setahun jatuh 1.2 peratus pada bulan itu. Namun, jualan bagi telefon pintar, komputer tablet serta e-pembaca (e-readers) masih kukuh.

CEA dan GfK menjangkakan telefon pintar dan tablet juga akan menjadi produk terhangat di pasaran global, sebagai tambahan kepada peralatan lain.

“Kita akan melihat kebanyakan kategori produk akan mula perlahan,” kata Steve Bambridge, Pengarah Penyelidikan di Gfk United Kingdom. – AP







Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top