Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 KL Sentral ke Bangsar RM12

Monday, January 30, 2012

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Secara luaran, teksi menggunakan sistem kupon untuk mengambil penumpang sekitar bandar raya ini kelihatan tiada beza dengan teksi bermeter, namun berdasarkan tinjauan, harga tambang dikenakan kepada penumpang lebih mahal berbanding teksi bermeter.


Tinjauan Harian Metro di KL Sentral, semalam, mendapati kadar tambang dikenakan mengikut kawasan tidak seperti teksi bermeter yang bergantung kepada jarak dan masa apabila lebih mahal.

Seperti contoh, tambang RM12 dikenakan bagi destinasi ke Bangsar tanpa mengira jarak walaupun hanya sekitar Jalan Telawi.

Selain itu, tinjauan mendapati majoriti penumpang menggunakan perkhidmatan teksi berkupon itu pelancong dan golongan berkerjaya.

Jurujual, Masjuwita Sabruddin, 22, berkata sedangkan tambang teksi bermeter mahal, apatah lagi teksi berkupon yang hanya dinaiki golongan berkemampuan dan pelancong asing.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak menolak kewujudan perkhidmatan teksi itu memandangkan ia mengelakkan pengguna ditipu gara-gara pemandu meletakkan harga tambang sesuka hati.

“Seeloknya teksi bermeter juga perlu disediakan di sini supaya orang ramai mempunyai pilihan dan mengenai persaingan sesama mereka, ia pasti dapat diselesaikan pihak berkuasa,” katanya.

Pemandu teksi bermeter, Abdul Razak Ili, 43, berkata dia tidak setuju dengan sistem kupon itu disebabkan pemandunya masih boleh mengambil penumpang lain selain di stesen kupon dikeluarkan.

“Mereka mempunyai meter sama seperti teksi lain dan boleh mengambil penumpang lain pada bila-bila masa, justeru teksi berkupon itu tidak sepatutnya dilaksanakan. Ia tak adil,” katanya.




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top