Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Buka kuota Bumiputera

Thursday, January 26, 2012

MICHAEL...tidak dapat sambutan

PERSATUAN Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya unit rumah kuota Bumiputera yang tidak mendapat sambutan pembeli golongan berkenaan dibuka kepada pasaran bebas.

Ini disebabkan terdapat beberapa lokasi pembangunan hartanah tidak mendapat sambutan di kalangan pembeli Bumiputera termasuk di Kepong dan Cheras yang dilihat menyebabkan kerugian kepada pemaju dan pembeli pada masa depan.

Presidennya, Datuk Seri Michael Yam Kong Choy berkata, pihaknya sudah mengadakan beberapa dialog bersama kerajaan dan pihak berkuasa terbabit dengan pembangunan hartanah apabila terdapat lokasi yang tidak mendapat sambutan daripada pembeli Bumiputera.

Katanya, antara cadangan bakal dikemukakan ialah rumah kuota Bumiputera yang tidak dibeli selepas tempoh enam bulan ia dibuka kepada pembeli akan dijual secara pasaran bebas.

“Sekiranya rumah kuota Bumiputera ini terbengkalai tanpa ada pembeli, ia memberi kesan kepada pemaju untuk menanggung kadar faedah dari bank dan pembeli pada masa depan terpaksa membayar harga tinggi untuk memiliki rumah berkenaan walaupun sudah mendapat diskaun atas kuota itu.

“Tambahan pula, terdapat rumah tanpa pembeli selama dua hingga tiga tahun menyebabkan keadaan rumah itu rosak apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab mencuri peralatan di dalamnya dan ia mengundang keadaan tidak selamat di kawasan berkenaan,” katanya pada Bisnes Metro.

Michael berkata, sebelum ini, kuota Bumiputera dan diskaun diberikan pemaju hanya sebahagian daripada pelaksanaan tanggungjawab sosial dan jika ia tidak mendapat sambutan daripada pembeli, pelaksanaan ini memberi kesan kepada kedua belah pihak iaitu pemaju dan pembeli pada masa depan.

Dalam pada itu, satu kenyataan diambil daripada laman web Rehda mengenai perumahan Bumiputera berkata, pemaju perumahan di Malaysia dikehendaki untuk mengetepikan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pembangunan perumahan mereka untuk Bumiputera serta memberikan diskaun lima hingga 15 peratus.





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top