Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Xiamen University mahu buka cawangan

Friday, December 30, 2011



TUGU pengasas Universiti Xiamen, Tan Kah Kee di hadapan bangunan universiti berkenaan di Wilayah Fujian.

Kesungguhan Malaysia muncul hab pendidikan tarik minat institusi pengajian tinggi China

MALAYSIA
terus menjadi destinasi pilihan bagi institusi pengajian tinggi antarabangsa memperluaskan kampus cawangan masing-masing apabila sebuah universiti terkemuka China, iaitu Xiamen University berhasrat membuka kampusnya di negara ini.

Institusi pengajian tinggi itu melihat Malaysia sebagai destinasi terbaik untuknya memperluaskan rangkaian kampusnya berikutan lokasi negara ini yang strategik, ditambah pula dengan kesungguhan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau.

Sumber berkata, pihak pengurusan universiti itu sudah menghantar wakilnya ke Malaysia untuk meninjau lokasi terbaik untuk membangunkan kampusnya, yang juga bakal menjadi kampus luar negara pertamanya, serta kursus yang sesuai untuk ditawarkan di negara ini. 
 
“Pembukaan kampus cawangan beberapa universiti terkemuka antarabangsa di Malaysia turut menarik minat Xiamen University memilih Malaysia sebagai lokasi bagi pembukaan kampus cawangan pertamanya di luar negara.

“Jika ia menjadi kenyataan, ia akan menjadi universiti pertama dari China membuka cawangan di Malaysia,” kata sumber itu kepada Berita Harian baru-baru ini.

Sumber itu berkata, memorandum persefahaman yang dimeterai kerajaan Malaysia dan China pada April lalu bagi mengiktiraf ijazah akademik kedua-dua negara juga mendorong pihak pengurusan universiti itu untuk membuka kampusnya di negara ini.

Beliau berkata, pembukaan kampus Xiamen University di Malaysia itu nanti akan mempertingkatkan lagi hubungan baik antara kedua-dua negara.

“Pembukaan universiti ini secara tidak langsung menawarkan kepada pelajar Malaysia yang berminat untuk mendapatkan pendidikan tinggi dari China.

“Di samping itu, ia juga dijangka dapat menarik pelajar dari negara serantau yang berminat untuk mendapatkan ijazah dari universiti itu,” katanya.

Xiamen University yang terletak di Wilayah Fujian, adalah antara 20 universiti utama di China.

Ia ditubuhkan pada 1921 oleh Tan Kah Kee, pemimpin masyarakat yang berasal dari Wilayah Fujian dan seorang dermawan yang membangunkan Sekolah Tinggi Cina di Singapura.

Beliau juga adalah pengasas akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau.

Mengikut laporan sebelum ini, terdapat 9,000 pelajar dari China sedang mengikuti pengajian di Malaysia dalam pelbagai bidang dan lebih 2,000 pelajar Malaysia pula sedang melanjutkan pelajaran di China.

Antara institusi pengajian tinggi asing yang sudah pun mengumumkan akan membuka kampus cawangan di Malaysia ialah Marlborough College, Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed), University of Southampton Malaysia (USMC), dan Netherland Maritime Institute of Technology (NMIT). 






Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top