Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Tuanku Mizan akhiri pemerintahan

Tuesday, December 13, 2011


SULTAN Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah melambai mesra kepada hadirin sebelum berangkat balik ke Kuala Terengganu pada istiadat rasmi tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-13 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

KUALA LUMPUR - Keberangkatan balik Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah pada akhir tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pagi semalam berlangsung dengan penuh istiadat diraja.

Tuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2006 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara di sini pada pukul 11 pagi.

Baginda akan digantikan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Keberangkatan balik baginda berdua diiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku menteri pengiring. 








Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top