Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Malaysia pilihan pelabur dunia

Thursday, December 08, 2011



KUALA LUMPUR: Malaysia disenaraikan sebagai destinasi pelaburan langsung asing (FDI) ke-10 paling menarik di dunia kepada eksekutif korporat antarabangsa pada tahun ini, melonjak daripada tempat ke-21 tahun lalu.

Laporan Indeks Keyakinan FDI yang dikeluarkan firma penyelidikan global, AT Kearney menunjukkan Malaysia meningkat 11 anak tangga bagi meletakkannya pada kedudukan tertinggi dalam sejarah dan menjadikan Malaysia sebaris beberapa negara maju dan sedang membangun utama lain sebagai destinasi pilihan pelabur.

Tiga negara ekonomi sedang membangun utama dunia, iaitu China, India dan Brazil menguasai tiga kedudukan tertinggi dalam sejarah dan menjadikan Malaysia sebaris beberapa negara maju dan sedang membangun utama lain sebagai destinasi pilihan pelabur.
Tiga negara ekonomi sedang membangun utama dunia, iaitu China, India dan Brazil menguasai tiga kedudukan teratas sebagai lokasi pilihan pelabur, diikuti Amerika Syarikat (AS), Jerman, Australia, Singapura, United Kingdom dan Indonesia.

Indeks Keyakinan FDI diperoleh menggunakan data utama kaji selidik di kalangan eksekutif kanan syarikat utama dunia yang mewakili 27 negara dan merangkumi 17 sektor industri di semua enam benua dengan jualan tahunan global terkumpul kira-kira AS$1 trilion (RM3.1 trilion). Responden terdiri daripada eksekutif peringkat teratas selain ketua serantau dan perniagaan firma masing-masing.

Kaji selidik itu mendapati 15 peratus daripada responden memberikan pandangan positif terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan berbanding tujuh peratus memberikan pandangan negatif.

Laporan itu juga mendapati aliran masuk pelaburan ke negara ini meningkat 537 peratus pada 2010 berbanding tahun sebelumnya kepada AS$9 bilion (RM28.1 bilion). Angka itu akan diatasi tahun ini dan dijangka meneruskan arah aliran positif berdasarkan sentimen positif oleh indeks berkenaan.

AT Kearney juga mendapati ekonomi utama di rantau Asia Tenggara menikmati lonjakan besar FDI tahun ini dengan meraih manfaat daripada kos tenaga kerja rendah yang sebelum ini menjadi kelebihan kepada China. Negara di rantau ini juga mampu menarik pelabur dengan saiz pasaran pengguna mewah yang besar dan semakin berkembang.

Pengarah Urusan Asia Tenggara AT Kearney, Joon Leong Ooi, berkata 10 destinasi pelaburan paling menarik di dunia secara konsisten menerima 50 peratus atau lebih daripada aliran masuk FDI setahun selepas kaji selidik dilakukan.

“Kami menjangkakan kenaikan berterusan FDI ke Asia Tenggara memandangkan sentimen memberangsangkan seperti yang dicerminkan kaji selidik itu terhadap ekonomi rantau ini,” katanya.







Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top