Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Lebih banyak kemajuan 2012

Thursday, December 29, 2011



PM yakin pelbagai pelan, perancangan kerajaan terus positif

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak (gambar) yang menyifatkan 2011 sebagai tahun cemerlang berdasarkan pelbagai pencapaian dasar kerajaan, selain yakin 2012 akan membawa lebih banyak khabar gembira dan kemajuan untuk rakyat. 

Perdana Menteri percaya semua pelan dan perancangan kerajaan akan berjaya jika rakyat terus bersama kerajaan menjayakan konsep 1Malaysia yang diilhamkannya untuk membawa transformasi dalam pelbagai bidang bagi kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama dan kaum. 
 
Menjelang ulang tahun pertama ETP, Oktober lalu, ETP membantu Malaysia mencapai Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM228.55 bilion dan komitmen pelaburan bernilai RM171.21 bilion, yang menyediakan 372,361 peluang pekerjaan. - Najib Razak, Perdana Menteri 
 
Katanya, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang memperkukuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) semata-mata untuk memastikan setiap golongan masyarakat memperoleh nikmat kemajuan negara.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada sokongan rakyat, Najib berjanji memberi maklum balas kepada pelbagai aspek diutarakan rakan online beliau.

“Tahun ini terasa pendek kerana begitu banyak pencapaian positif. Kepada rakan online, yakinlah saya membaca semua komen, idea, aduan dan ucapan selamat anda dan saya cuba sedaya upaya untuk memberikan maklum balas.

“Harapan saya adalah agar anda terus bersama-sama saya dalam mencatat lebih banyak kemajuan pada tahun depan dalam semangat dan amalan 1Malaysia,” katanya dalam entri terbaru blognya di www.1malaysia.com.my. Dalam entri itu, Najib mengimbas pelbagai pencapaian kerajaan sepanjang 2011.

Beliau berkata, program seperti Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Dana Belia 1Malaysia bernilai RM120 juta, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan adalah untuk meringankan beban rakyat.

Katanya, program ekonomi khususnya melalui ETP juga membuahkan hasil berikutan pelaburan langsung asing (FDI) mencecah RM21.3 bilion yang dicatatkan separuh pertama tahun ini.

“Menjelang ulang tahun pertama ETP, Oktober lalu, ETP membantu Malaysia mencapai Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM228.55 bilion dan komitmen pelaburan bernilai RM171.21 bilion, yang menyediakan 372,361 peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata, mengikut laporan kemudahan menjalankan perniagaan 2011 yang dikeluarkan Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 negara teratas, selain menduduki tangga pertama aspek kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan.

Najib turut mengimbas tugasan antarabangsa beliau yang berjaya memperkukuh hubungan pasaran antarabangsa dan rangkaian perniagaan untuk memajukan pelbagai program transformasi yang dibawa kerajaan, termasuk ‘menjual’ Malaysia kepada ketua industri di seluruh dunia.

Mengenai pembabitan beliau dalam media sosial, Perdana Menteri berkata, beliau tidak menjangka menerima maklum balas yang hebat daripada rakyat melalui interaksi media sosial Twitter dan Facebook dengan menggunakan tanda hash #Tanyanajib yang dilancarkan Januari lalu.

“Saya juga teruja dapat menyertai konsert Suara Kami, program ‘Gotcha’ di radio Hitz.fm, selain menghadiri rancangan pagi Radio Era, Mix.fm dan Hot.fm,” katanya.





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top