Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 ‘Kesan penagih dadah guna rambut’ juara BSN-SVC 2011

Tuesday, December 06, 2011


UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) mempertahankan kejuaraan mereka dalam “BSN Inter-Varsity Social Venture Challenge 2011” (BSN-SVC) dengan projek menggunakan rambut untuk mengesan penagih dadah.

Kumpulan empat penuntut universiti itu yang diketuai penuntut perakaunan Mohammad Nizamuddin Japri, 22, membentangkan pakej perniagaan ”Cut & Drop” bagi memudahkan penguatkuasa menjalankan pemeriksaan penagihan dadah dengan menguji cebisan rambut suspek, dan bukannya melalui ujian air kencing.

Keputusan menggunakan cebisan rambut ini juga dapat diperoleh dalam beberapa minit sahaja, kata Mohammad Nizamuddin kepada pemberita selepas menerima hadiah sijil simpanan premium bernilai RM25,000, iPad bagi setiap anggota kumpulan serta trofi dari Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Rohani Abdullah di Kuala Lumpur semalam.

Mohammad Nizamuddin berkata produk yang mereka hasilkan itu juga mendapat pujian daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Terengganu.

Tempat kedua dimenangi Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan tempat ketiga Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR).

Pertandingan BSN-SVC ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa mengetengahkan kreativiti, inovasi dan nilai keusahawanan mereka yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Sebanyak 37 kertas cadangan dihantar kepada BSN tahun ini dan lapan kumpulan disenarai pendek iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (Unimas) dan Universiti Malaya.
— Bernama





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top