Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 1,620 rumah mampu milik dibina di KL pada 2012

Tuesday, December 20, 2011


Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merancang menyediakan sebanyak 1,620 unit rumah mampu milik kepada golongan yang layak pada tahun hadapan yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM230.8 juta.

Rancangan pembinaan rumah tersebut akan dilaksanakan di bawah Program Menyediakan Unit Kediaman Mampu Milik dan Memasyarakatkan Program Penyelenggaraan Perumahan Awam serta Perumahan Rakyat dalam Bajet DBKL 2012 bagi membangunkan kawasan perumahan untuk tujuan penempatan setinggan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail (gambar kecil) berkata, DBKL telah menyediakan bajet sebanyak RM35 juta bagi menampung kos pembangunan tersebut.

“DBKL telah mengenal pasti tapak pembangunan namun ia masih dalam kajian bagi menentukan kesesuaian tapak serta memastikan kos pembangunan adalah pada tahap yang munasabah dan berpatutan.

“Antara tapak yang dicadangkan bagi tujuan pembangunan perumahan tersebut ialah Perumahan Awam Kampung Wira Jaya, Perumahan Awam India Settlement, Perumahan Awam Sungai Udang dan Perumahan Awam Kos Rendah Setia Jaya,” katanya pada sidang akhbar pembentangan Bajet DBKL 2012 di Menara DBKL di sini semalam.

Ahmad Fuad juga memberitahu, DBKL dijangka menerima tambahan unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sebanyak 3,792 unit pada tahun depan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 61,483 unit.

Dalam pada itu, DBKL turut memperuntukkan RM84.1 juta bagi kerja perparitan dan penyelenggaraan sungai dalam usaha menangani masalah banjir kilat di sekitar ibu kota ketika hujan lebat.





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top