Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Kenali 10 + 4 Lelaki

Sunday, November 27, 2011


Nak kenali 10 + 4 lelaki yang berstatus bahaya? Bahaya tak bahaya cuba analisis anda di mana. 


1) Lelaki yang sering berkata: "Abang memang sayangkan ayang tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang lebih serius." Mungkin lelaki ni hanya nak main-main je.
 
2) Lelaki yang telefon atau SMS ikut suka hati mereka sahaja tapi bila we need them, bayang pun tak nampak. okey okey positive thinking, diorang busy kot.

3) Lelaki yang ajak dating tapi tak dating pun. Dia ajak korang keluar pun sebab bosan-bosan tak tahu nak buat apa. Tak yah dating lah gitu.

4) Lelaki yang dah ada girlfriend tapi selalu call or SMS or jumpa anda. Ada awek dah tapi still kacau yang lain jugak. Positive thinking, owh ada keperluan tugasan kot. Okey.

5) Lelaki yang selalu berfikir semua perkara yang dilakukan mereka betul. Positive thinking lagi, sebab diorang lebih tahu kan?

6) Lelaki yang sentiasa blur, tidak faham kehendak wanita. Positive positive, tak ada adik beradik perempuan kot sebab tu lah macam blur sikit nak faham girls.

7)Lelaki yang tidak tahu kehendak sendiri apatah lagi kehendak wanita. Positive positive thinking. hmm

8) Lelaki yang 24 jam nak berkepit dengan anda tanpa mengira masa dan keadaan. Well, nanti lama-lama rimas jugak. Positive thinking, err tak dapat nak positive nak negative thinking je, kenapa nak kena berkepit ha? T____T

9) Lelaki yang suka kutuk lelaki lain dengan harapan para wanita tidak mendekati lelaki tersebut. Positive thinking?

10) Lelaki yang tidak dapat memberi layanan yang baik dan betul kepada seorang wanita, pendek kata merendah-rendahkan wanita.Positive thinking, mungkin lelaki tu emosional ke, emosi terganggu. -__-


Well, tak semua lelaki begitu, banyaaaaaaak lagi lelaki yang baik-baik di luar sana kan? =) Tapi 4 golongan bawah ni LAGI dalam status bahaya. 10 golongan dekat atas ni kita boleh nampak dan tahu but lagi 4 golongan ni sangat berbahaya sehingga jika mereka tidak berperanan dengan betul, mereka akan membawa orang lain ke kancah yang lebih BERBAHAYA!


1) Ayahnya

Jaga anak-anak dengan keperibadian Islam. Khabarkan tentang aurat, ilmu Islam. Ketua keluarga tugasnya mencabar, susah. Diri sendiri kena jadi model buat anak-anak. Sebab tu sebelum menjadi ketua keluarga, dah prepare semua-semua tu, bukan bila umur dah mencecah angka 40 an baru nak belajar agama. Itu silap


2) Suaminya
Hiasi si isteri dengan akhlak mahmudah (baik), jagalah pergaulannya, bimbing si isteri dengan ilmu agama. Suami yang soleh dan ada pengetahuan agama itu penting untuk bimbing seorang isteri.


3) Abang-abangnya
Jaga adik perempuan anda, lindungi mereka. Khabarkan tentang ilmu agama. Tentang aurat. Setiap langkah mereka apabila mereka keluar dan mendedahkan aurat, semua itu pada tanggungjawabmu. Jangan permainkan hati wanita kelak ia akan terjadi kembali kepada adik-adik perempuan kamu. Jangan rosakkan wanita lain, kelak ia akan menimpa kamu semula. Takut kan? Hidup macam roda, seorang lelaki yang permainkan atau rosakkan seorang wanita itu mungkin Allah akan balas kepada sanak saudara dia, adik beradik perempuan dia, atau anak-anak perempuan dia. Tak nak apa-apa jadi dekat diorang-diorang, wahai abang-abang sekalian, lindungilah kaum wanita. Jangan buat pelik-pelik.

4) Anak-anak lelakinya

Patuhi ibu kamu, jika dia tersasar jalan, tegurlah ibumu, kamu juga anak yang soleh. Sesungguhnya hanya ibu-ibu yang baik dapat melahirkan zuriat dan keturunan yang baik-baik. (peranan suami dan si ayah)

Empat golongan ni, jika tersilap arah, jika tidak tahu membimbing, sangat berbahaya. Perbetulkan kaum wanita melalui kaum lelakinya. Jika 4 golongan ini bijak memainkan peranan, saling tegur menegur, kaum wanita akan lebih selamat, lebih tahu hormat. Sebab itu Allah dah cakap, lelaki itu pembimbing. Kalau dikatakan wanita sangat mudah masuk neraka, ye, memang betul, jika dia tidak taat kepada suaminya serta tidak menjaga pergaulannya dan pemakaiannya dan wanita juga sangat mudah masuk syurga. Jika dia patuh kepada agama. 4 golongan ni juga terdedah dan mudah masuk neraka. Nauzubillah. Kerana mereka punya tanggungjawab jauh lebih besar, membimbing bukan untuk dibimbing.

p/s: Jika lelakinya baik, wanitanya juga akan baik~Credit to dara.com. Gambar-gambar di atas tidak ada kena mengena samada dengan yang hidup atau yang mati.







Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top