Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Syor kerajaan sementara selepas bubar Parlimen

Thursday, November 03, 2011


Kamalanathan bentang cadangan tambah baik pilihan raya

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan mencadangkan supaya sebuah kerajaan sementara yang berkecuali ditubuhkan sebaik saja Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum. 


Cadangan itu adalah sebahagian daripada beberapa penambahbaikan yang beliau bentangkan pada mesyuarat kedua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di sini, semalam. 

Kerajaan, katanya harus menjadikan pelantikan seseorang atau kumpulan itu sebagai berkecuali.

Cadangan itu berserta beberapa syor lain dimuatkan dalam laman web beliau, http://www.pkamalanathan.com/blog.

Kamalanathan juga mencadangkan penggunaan dakwat kekal, menambah baik sistem undian pos, memanjangkan tempoh berkempen dan menyediakan semua parti politik dengan akses kepada media.

Beliau berkata, ada keperluan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meningkatkan kesedaran mengenai perbezaan undi di luar negara, undi awal dan undi pos.
Kamalanathan juga mengesyorkan perbelanjaan pilihan raya diaudit oleh juruaudit bebas.

Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 15 Ogos lalu, yang berkata ia bertujuan untuk mendapatkan kata sepakat dalam berdepan pilihan raya umum akan datang tanpa sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan. – BERNAMA  







Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top