Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Sedia hadapi banjir kedua

Wednesday, November 30, 2011

 Gambar hiasan

Penduduk usah leka tengkujuh dijangka hanya berakhir Januari

IPOH: Orang ramai terutama penduduk di negeri yang dilanda banjir baru-baru ini atau berdepan risiko bencana itu diingatkan tidak terlalu leka, sebaliknya bersedia menghadapi kemungkinan banjir gelombang kedua dan ketiga. 


Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata ini berdasarkan ramalan cuaca yang menjangka musim tengkujuh hanya akan berakhir Januari depan. 

Bomba sudah menjangkakan keadaan itu dan persediaan rapi sudah dibuat, termasuk memastikan anggota bomba dan penyelamat sedia digerakkan bila-bila masa bagi membantu memindah serta menyelamatkan mangsa sekiranya banjir berulang. - Wan Mohd Nor Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
 
Beliau berkata, pihaknya sudah menjangkakan keadaan itu dan persediaan rapi sudah dibuat, termasuk memastikan anggota bomba dan penyelamat sedia digerakkan bila-bila masa bagi membantu memindah serta menyelamatkan mangsa sekiranya banjir berulang.

"Kita baru melepasi banjir gelombang pertama dan dijangka berlaku gelombang kedua dan ketiga sehingga awal tahun depan. Anggota kami sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapinya, terutama untuk memindah dan menyelamatkan mereka terbabit.

"Kita akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk memastikan mangsa banjir mendapat bantuan sewajarnya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Keselamatan Kebakaran di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai persediaan anggota bomba dan penyelamat dalam menghadapi banjir tahun ini.

Wan Mohd Nor berkata, meskipun banjir di beberapa negeri terutama di Pantai Timur dilaporkan mulai pulih, pihaknya tetap berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.  






Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top