Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 RM15.9 bilion bayar subsidi petrol, diesel

Wednesday, November 02, 2011

Datuk Donald Lim Siang Chai (gambar)

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM15.9 bilion untuk subsidi petrol dan diesel tahun ini bagi memastikan harganya terkawal dan tidak membebankan rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai (gambar) berkata, perbelanjaan sebenar subsidi petrol dan diesel tahun lepas adalah sebanyak RM9.6 bilion.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pada persidangan Dewan Rakyat semalam yang ingin tahu mengenai jumlah sebenar subsidi petrol dan diesel yang ditanggung oleh kerajaan.

Siang Chai berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat namun dalam masa yang sama aspek kemampuan kewangan kerajaan untuk tanggungan subsidi juga perlu diberi perhatian.

"Justeru, pemberian subsidi perlu dilaksanakan dengan berhati-hati agar pemberian subsidi dapat disalurkan secara tepat kepada rakyat yang benar-benar memerlukannya," katanya.

Beliau berkata, penstrukturan semula subsidi petrol dan diesel di mana apabila subsidi dikurangkan sebanyak RM0.05 seliter dua kali tahun lepas dapat menjimatkan perbelanjaan subsidi lebih RM1.7 bilion. - Bernama





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top