Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Pelajar usah ghairah berpolitik

Wednesday, November 30, 2011



KETUA Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) mengingatkan generasi muda terutama pelajar universiti supaya tidak ghairah berpolitik di kampus, sebaliknya menumpukan perhatian penuh kepada pelajaran.

Katanya, walaupun kerajaan bercadang meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), pelajar perlu berpegang kepada matlamat asal mereka memasuki universiti.

Beliau berkata, kemahuan berpolitik sesuatu yang digalakkan, namun pelajar perlu mencapai impian dalam bidang itu dengan cara yang jujur. 
 
“Belajar daripada awal untuk mencapai impian dalam politik, matlamat itu tidak boleh menghalalkan cara terutama melalui cara yang kotor.

“Jika anak muda kita mahu masuk dalam politik selepas lulus pengajian nanti, cara mereka mencapainya adalah sama mustahak,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Nadi Negara 2011 kepada 20 penerima di sini, semalam.

Shahrizat berkata, kerajaan sentiasa peka dan berusaha memberikan yang terbaik kepada generasi muda dan oleh itu mereka perlu memainkan peranan membela agama dan bangsa.

“Jangan biarkan pihak lain menghina Islam dan memecah belahkan kita,” katanya dan menambah Wanita UMNO akan turun padang mendampingi generasi muda bagi membimbing dan nasihat.  




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top