Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Lambaian Kaabah: 'Warga Arab patut lawat Malaysia'

Wednesday, November 02, 2011



Gambar hiasan

Penduduk ramah, mesra pelancong pikat pengunjung

JEDDAH: Warga Arab patut melawat Malaysia yang kaya dengan sumber alam dan penduduknya yang peramah, kata seorang pegawai dari Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi. 



Penolong Pengurus Besar Bahagian Penerangan Luar Negara, Nizar Ahmad Al Harbi, yang boleh bertutur bahasa Melayu dan tiga kali melawat Malaysia, berkata Malaysia adalah negara yang aman dan stabil, begitu sesuai untuk dilawati pelancong Arab.

“Saya sudah melihat Kuala Lumpur, Penang (Pulau Pinang), Langkawi dan Sabah, tempat ini bagus sekali untuk dilawati,” katanya.

Nizar, 52, yang belajar bahasa Melayu di sebuah sekolah bahasa di sini, adalah pegawai pengiring kepada kumpulan wartawan negara Islam yang diundang membuat liputan dan menunaikan ibadat Haji oleh kerajaan Arab Saudi melalui kementerian berkenaan.

“Saya dan keluarga sudah tinggal empat hari di Cameron Highlands, tempatnya bagus, saya suka cuacanya sejuk, ada hutan hijau,” katanya yang tertarik dengan ladang teh di tanah tinggi.

Beliau menyenangi sikap rakyat Malaysia yang peramah dan mesra pelancong, membuatkannya berminat tinggal lebih lama di Malaysia.

Kata Nizar, beliau tidak sukar untuk mendapatkan makanan halal kerana terdapat banyak hotel, restoran dan warung yang menyediakan juadah halal.

“Makanan Malaysia lazat, ada sate, makanan laut dan saya suka kelapa muda, airnya sedap,” katanya.

Nizar yang bercadang berkunjung lagi ke Malaysia tahun depan, berkata tiada masalah menunaikan ibadat kerana terdapat banyak masjid di Malaysia. – BERNAMA  






Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top