Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Kerajaan Selangor diminta bayar gaji minimum RM1,500

Tuesday, November 15, 2011

Gambar hiasan

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor diminta membayar gaji minimum RM1,500 kepada semua 19,000 penjawat awam di negeri itu, bukan terhad kepada kakitangan anak syarikat milik penuh kerajaan negeri (GLC), mulai tahun depan.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim, berkata jika cadangan itu diteruskan ia adalah diskriminasi kepada kakitangan awam lain yang turut memberi sumbangan. 

Katanya, mustahil Bajet berimbang 2012 dan pendapatan meningkat seperti diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat dilakukan tanpa sumbangan penjawat awam. 

"Pada pendapat saya, tanpa penjawat awam, GLC tidak mampu bergerak dengan baik kerana ia berhubung kait. Tanpa sokongan penjawat awam, saya rasa GLC juga tidak mampu mengaut keuntungan," katanya kepada pemberita di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Mohd Isa juga mempersoalkan tindakan kerajaan negeri memilih GLC seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk melaksanakan gaji minimum RM1,500 sedangkan GLC itu mampu memberi gaji yang lebih banyak kepada kakitangannya.

Katanya, walaupun Abdul Khalid menyatakan gaji penjawat awam adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat, banyak perkara berkaitan Kerajaan Pusat sebelum ini diluluskan sedangkan ia melanggar undang-undang di peringkat persekutuan.

"Mengapa (apabila ia membabitkan) hal rakyat, gaji kakitangan awam, kerajaan pakatan pembangkang tidak berani melakukan sesuatu bagi penjawat awam di Selangor.

"Adakah dendamnya terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri masih membara sehingga walaupun bajet berimbang, pendapatan bertambah, tidak ada apa-apa untuk kakitangan yang berkhidmat?" katanya.

Mohd Isa turut menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap tindakan Speaker Dewan, Datuk Teng Chang Khim, yang tidak memberi laluan kepadanya bertanyakan soalan tambahan kepada Menteri Besar.  






Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top