Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Kajang, Cyberjaya bakal berkembang

Tuesday, November 01, 2011


KETUA Pegawai Eksekutif MIDF Amanah Investment Bank Berhad, Datuk Megat Hisham Megat Mahmud (kiri) bersama Boyd dan Soo (kanan) di Kuala Lumpur, semalam.

Infrastruktur, jalan raya tingkat nilai hartanah

HARTANAH di kawasan sekitar Cyberjaya dan Kajang dijangkakan mengalami peningkatan paling pantas dari segi harga dalam tempoh 18 bulan akan datang berbanding kawasan lain di Lembah Klang, kata firma penganalisis hartanah, CB Richard Ellis Malaysia Sdn Bhd (CBRE).


Pengarah Urusannya, Allan Soo, berkata berdasarkan kaji selidik firma itu, faktor yang menyebabkan peningkatan nilai hartanah di kawasan itu adalah susulan tersedianya infrastruktur serta akses jalan rayanya yang mantap. 

“Diperhatikan syarikat hartanah utama tempatan sedikit demi sedikit mula membanjiri kawasan sekitar Kajang dan Cyberjaya. Kami menjangkakan kawasan berkenaan akan berkembang lebih pantas berbanding tempat lain di Lembah Klang bagi tahun ini dan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan kaji selidik hartanah suku ketiga Lembah Klang pada majlis makan tengah hari anjuran Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) di Kuala Lumpur, semalam.

Soo berkata, nilai hartanah di kawasan berkenaan, khususnya Cyberjaya berpotensi meningkat lebih tinggi jika pusat beli-belah dibina di situ.

“Kami menjangkakan pusat membeli-belah akan dibina di situ jika nisbah kependudukan di kawasan berkenaan bertambah. Ia mempunyai daya tarikan dari segi kelancaran perjalanan ke situ iaitu sekitar 20 minit saja dari pusat bandar Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif CBRE, Christopher Boyd, berkata secara keseluruhannya nilai hartanah di Lembah Klang sudah melepasi paras kemuncaknya sebelum krisis kewangan global tiga tahun lalu, namun ia akan masih meningkat pada kadar terkawal.

“Kita akan lihat harga hartanah terus meningkat sehingga tahun depan, tetapi tidak terlalu cepat seperti beberapa tahun sebelum ini.

“Peningkatan nilai hartanah akan menjadi kurang agresif selepas ini dan kami juga tidak menjangka berlakunya letusan gelembung hartanah di Lembah Klang,” katanya.

Laporan kaji selidik itu mendapati, setakat suku ketiga tahun ini, ada 1.71 juta unit kediaman dibina di Lembah Klang.

Secara purata, saiz isi rumah di Kuala Lumpur adalah 3.72 orang bagi setiap rumah manakala di Selangor pula 3.93 orang.

Kaji selidik itu mendapati, bekalan unit kediaman di Lembah Klang juga dijangkakan berkembang kukuh dalam tempoh lima tahun akan datang, namun pemaju dilihat akan lebih banyak membina unit yang lebih kecil di lokasi lebih baik.

Boyd berkata, nisbah stok unit perumahan yang dibina di Lembah Klang kepada jumlah penduduk adalah lebih tinggi daripada Hong Kong dan Singapura, namun permintaan pasaran yang tinggi dapat menyerap bekalan tambahan itu.  




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top