Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Google Malaysia tarik 50,000 PKS

Wednesday, November 23, 2011



GMBO galak perniagaan dalam talian

GOOGLE Malaysia Sdn Bhd menyasar menarik sehingga 50,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk mengembangkan perniagaan secara dalam talian untuk tempoh 12 bulan menerusi inisiatif barunya iaitu Get Malaysian Business Online (GMBO). 


Inisiatif yang turut mendapat sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), .my Domain Registry serta ITrain Malaysia Sdn Bhd itu, menawarkan banyak kelebihan kepada PKS antaranya pembinaan laman web secara percuma.
 
10,000 PKS pertama menyertai GMBO akan memperoleh pendaftaran nama domain bernilai RM80 secara percuma oleh .my Domain Registry. - Sajith Sivanandan, Ketua Kawasan Google Malaysia.
 
Ketua Kawasan Google Malaysia, Sajith Sivanandan, berkata selain itu, sejumlah 10,000 PKS pertama menyertainya akan memperoleh pendaftaran nama domain bernilai RM80 secara percuma oleh .my Domain Registry.

Kumpulan PKS itu katanya, hanya perlu memperbaharui lesen tahunan berjumlah RM23 setiap tahun.

“Pihak kami pula akan memberi baucar pengiklanan dalam talian bernilai RM200 secara percuma kepada 50,000 PKS terawal untuk kegunaan mengukuhkan kehadiran mereka dalam internet,” katanya pada majlis pelancaran GMBO di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dan Ketua Eksekutif ITrain, Bikesh Lakhminchand.

Kini, ada 700,000 PKS di seluruh negara, namun hanya 100,000 saja yang memiliki laman web dan menggunakan internet sebagai medium memasarkan produk atau perkhidmatan mereka.

Sehubungan itu, Sajith berkata, pihaknya tidak akan berhenti setakat itu saja, tapi terus bergerak aktif bagi memastikan semua PKS memiliki perniagaan dalam talian.

“Kami akan mengadakan promosi GMBO dengan mengiklan dalam pelbagai saluran media termasuk media cetak, televisyen, radio dan internet selain mengadakan siri jelajah ke seluruh negara,” katanya.

PKS berminat boleh mendaftar ke dalam lamannya di www.getmybusinessonline.com.my dan mengikut beberapa arahan mudah yang mengambil masa 30 minit.

Sementara itu, Bikesh berkata, menerusi kerjasamanya dengan Google Malaysia, syarikatnya akan menyediakan latihan kepada mana-mana PKS yang tidak memiliki kemahiran mengenai dunia internet atau perkomputeran.

“1,000 PKS pertama mendaftar untuk mengikuti latihan ini tidak dikenakan bayaran manakala selepas itu akan dikenakan bayaran RM50 seorang.

“Dalam latihan dua jam ini, peserta akan diajar cara membina dan menyelenggara laman web mereka,” katanya.





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top