Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 2,250 peluang kerja pertanian

Wednesday, November 23, 2011

Gambar hiasan


PUTRAJAYA: Kira-kira 2,250 peluang pekerjaan baru berkaitan pertanian akan diwujudkan menerusi penyertaan enam syarikat swasta dalam empat projek permulaan (EPP) di bawah Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) sektor itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata penyertaan enam syarikat peneraju, Natureceuticals Sdn Bhd (Natureceuticals); Aning Resources Sdn Bhd (Aning Resouces); Nova Laboratories Sdn Bhd (Nova Laboratories); Hannan Corporation Sdn Bhd (Hannan); Pegagau Speciality Sdn Bhd (Pegagau Speciality) dan Allied Dairy Sdn Bhd (Allied Dairy) dalam melaksanakan projek di bawah NKEA pertanian, dijangka dapat menyumbangkan RM2.38 bilion kepada pendapatan negara kasar (PNK).

Noh berkata, perjanjian antara kementerian dan agensi di bawahnya dengan enam syarikat berkenaan yang ditandatangani semalam itu bagi melaksanakan projek di bawah NKEA adalah peringkat permulaan untuk mencapai sasaran PNK berjumlah RM21.44 bilion dan menawarkan 74,000 peluang pekerjaan menjelang 2020. 

Perjanjian dengan syarikat peneraju adalah bagi menggalakkan syarikat memainkan peranan sebagai penaung berpandukan kepada konsep syarikat peneraju di bawah syarikat swasta yang berkemampuan. Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
 
“Perjanjian dengan syarikat peneraju adalah bagi menggalakkan syarikat memainkan peranan sebagai penaung berpandukan kepada konsep syarikat peneraju di bawah syarikat swasta yang berkemampuan.

“Ia juga memberi peluang kepada pengusaha berskala kecil untuk turut sama melalui skim ladang kontrak selain menyediakan program latihan dan perantisan serta pekerjaan.

“Ini termasuk pemindahan kepakaran serta khidmat nasihat pengurusan supaya pembangunan aktiviti pertanian setempat dapat berjalan melalui pembiayaan ini,” katanya berucap pada majlis menandatangani perjanjian antara syarikat peneraju dengan kementerian bagi melaksanakan projek di bawah NKEA Pertanian, di sini, semalam.

Enam perjanjian itu membabitkan Natureceuticals, Aning Resources dan Nova Laboratories dengan kementerian dalam EPP pembangunan produk herba bernilai tinggi yang dapat mewujudkan 1,200 peluang pekerjaan dan menyumbang RM1.84 bilion kepada PNK.

Dua syarikat lagi, Hannan Corporation dan Pegagau Speciality menandatangani perjanjian dengan Jabatan Perikanan dalam EPP pembangunan ternakan dalam sangkar secara bersepadu dan model akuakultur.

Perjanjian itu dijangka dapat mewujudkan 850 peluang pekerjaan dan menyumbang RM430 juta kepada PNK.

Perjanjian antara Allied Dairy dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi EPP Pembangunan Kelompok Ladang Tenusu pula dijangka menyumbang RM105 juta kepada PNK dan 200 peluang pekerjaan.  





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top