Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 UM sasar 100 universiti terbaik

Tuesday, October 25, 2011



KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) yang merupakan universiti tertua di negara ini bertekad untuk muncul antara 100 universiti terbaik di dunia pada tahun 2015.

Naib Canselor UM, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon berkata, ketika ini universiti tersebut telah melonjak pada tangga ke-167 berbanding tangga 207 pada tahun lalu yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) iaitu sebuah syarikat penarafan yang berpangkalan di London.
Katanya, pengiktirafan tersebut membuktikan UM kini berada pada landasan yang betul dalam meningkatkan kecemerlangan bagi bersaing dengan institut pengajian tinggi terkemuka lain.
"Bagi mencapai tekad itu, UM kini menggerakkan beberapa penyelidikan yang terbaik untuk bersaing dengan universiti terkemuka lain di samping menerbitkan jurnal berimpak tinggi.
"Ini janji kami (warga UM) kepada kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menjadi antara 100 universiti terbaik menjelang 2015," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Beliau sebelum itu mewakili UM pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama MIMOS Berhad yang diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Wahab Abdullah.
Turut hadir ialah Pengerusi MIMOS Berhad, Datuk Suriah Abdul Rahman.
Ghauth memberitahu, melalui kerjasama tersebut, kedua-dua pihak akan berkongsi kepakaran dalam menjalankan penyelidikan bagi menghasilkan projek berimpak tinggi yang akan memberi manfaat kepada industri tempatan.
Katanya, kerjasama ini akan memberi fokus kepada enam projek iaitu Dengue and Drug Design, Dentistry, Energy Harvester, Malaysian Biodiversity Resources, Optical Tweezers and Intelligent Learning Platform for Tomorrows Doctors.
"Melalui kerjasama ini juga, seramai enam penyelidik daripada MIMOS Berhad akan melanjutkan pengajian mereka dalam ijazah doktor falsafah di UM," jelasnya.
Tambah beliau, melalui perkongsian infrastruktur dan kemudahan antara UM dan MIMOS Berhad akan menjimatkan perbelanjaan modal bagi kedua-dua organisasi selama lima tahun bernilai RM100 juta.
Sumber





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top