Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Tangani kos sara hidup

Friday, October 07, 2011



PERDANA MENTERI yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak memasukkan buku rahsia besar Belanjawan 2012 sambil dibantu Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (dua dari kiri) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (dua dari kanan) selepas meninjau persiapan terakhir Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan hari ini.

Belanjawan 2012 dibentang Perdana Menteri tumpu dasar baru atasi beban rakyat


PUTRAJAYA: Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini akan menumpukan kepada dasar-dasar baru terutama bagi menangani kos sara hidup rakyat. 



Najib menggambarkannya sebagai ‘belanjawan transformasi bagi semua rakyat Malaysia’ yang menekankan kepada pendekatan inklusif tetapi sederhana. 

“Belanjawan itu akan memberi manfaat kepada segenap lapisan rakyat. Tumpuan yang diberikan termasuk dasar baru untuk menangani kos sara hidup dalam keadaan yang sukar tetapi pada masa sama mengekalkan pendekatan fiskal yang bertanggungjawab dalam pengurusan ekonomi.

“Belanjawan ini adalah mengenai kerajaan yang mengotakan semua janji bagi memastikan keadilan sosial dan pada masa sama, mengekalkan hala tuju negara di landasan ekonomi yang berupaya memberikan kemakmuran jangka panjang kepada semua.

“Selaras dasar 1Malaysia yang menjadi panduan iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, saya memberi tumpuan penuh kepada kesinambungan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan defisit tetapi tidak akan sekali-kali menjejaskan kebajikan rakyat biasa.

“Ini adalah belanjawan transformasi bagi semua rakyat Malaysia yang sebenarnya akan mengukuhkan kedudukan kita dalam hala tuju mencapai status negara maju sepenuhnya dan berpendapatan tinggi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.

Di KUALA LUMPUR, penganalisis menjangka Belanjawan 2012 menggariskan inisiatif untuk terus merangsang ekonomi domestik ketika negara mengharungi kesan ketidaktentuan ekonomi global serta membantu rakyat, terutama berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi kenaikan harga barangan khususnya makanan.

Belanjawan itu dijangka terus bersifat belanjawan pengembangan dengan kerajaan menambah peruntukan perbelanjaan awam serta memperkenalkan beberapa langkah bagi mengurangkan kesan kenaikan harga barangan, meningkatkan taraf hidup rakyat, merangsang pembangunan modal insan dan memperkukuhkan kedudukan negara sebagai destinasi pelaburan.

Perdana Menteri juga dijangka mengumumkan langkah dan inisiatif bagi mengukuhkan lagi usaha mencapai sasaran yang digariskan untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Penganalisis menyifatkan pembentangan belanjawan kali ini paling mencabar sebagai persiapan menghadapi jangkaan satu lagi kelembapan ekonomi ekoran masalah kewangan Eropah, kelembapan ekonomi AS serta pertumbuhan perlahan ekonomi China.

Antara langkah belanjawan yang secara umumnya dijangka dibentangkan Najib adalah:

  • Semakan skim saraan, pembayaran bonus atau kenaikan elaun sara hidup (COLA) bagi kira-kira 1.3 juta kakitangan kerajaan.
  • Penurunan cukai pendapatan individu bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
  • Pengumuman peraturan berhubung penetapan gaji minimum. Angka yang dicadangkan persatuan pekerja dan majikan adalah antara RM700 hingga RM1,500.
  • Pengumuman menaikkan umur persaraan bagi kakitangan sektor swasta daripada 55 tahun sehingga kepada 64 tahun
  • Pengurangan duti import ke atas produk makanan tertentu dan kemungkinan liberalisasi import makanan bagi menurunkan harga.
  • Kemungkinan pengenalan setem makanan dan baucar tunai atau kupon bagi pengangkutan awam dan utiliti bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
  • Peningkatan perbelanjaan infrastruktur dan memacukan pelaksanaan kontrak projek awam.
  • Insentif merancakkan sektor pertanian, perkhidmatan serta perusahaan kecil dan sederhana.
  • Liberalisasi seterusnya sektor perkhidmatan utama serta insentif tambahan untuk sektor ekonomi utama termasuk minyak dan gas, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan profesional.
  • Penswastaan atau penyenaraian syarikat milik kerajaan di pasaran saham.



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...