Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 PM cabar usahawan muda ICT

Friday, October 21, 2011


Peserta SVC2M diminta lahir idea kreatif setanding ikon terkemuka dunia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mencabar bakal usahawan muda Malaysia untuk melahirkan idea kreatif setanding dengan idea ikon teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) terkemuka dunia pada Simposium Lembah Silikon ke Malaysia (SVC2M) untuk dikembangkan ke peringkat global.

Perdana Menteri berkata, untuk melahirkan idea besar itu, mereka perlu menyerlahkan kreativiti, bersikap terbuka dan yakin dengan idea yang dicetuskan, selain mempelajari daripada semangat Lembah Silicon, Amerika Syarikat (AS).

“Menerusi semangat seperti inilah mampu menjadikan Lembah Silikon lebih hebat dan ia perlu menjadi garis panduan kepada kejayaan lebih besar pada masa depan. 

“Saya doakan yang terbaik dan berharap ada di antara anda (peserta SVC2M) akan menjadi usahawan ICT yang dibanggakan Malaysia suatu hari nanti,” katanya dalam klip video yang ditayangkan pada perasmian SVC2M di sini, semalam.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, mewakili pihak Perdana Menteri merasmikan simposium selama dua hari itu.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali dan Pengasas GESB, Dhakshinamoorthy Balakrishnan, yang bertanggungjawab mencetuskan StartupMalaysia.org – inisiatif bagi meraikan idea menarik usahawan tempatan, khususnya dalam bidang ICT untuk menjadi pemain pada peringkat global.

Simposium dua hari itu akan memberikan peluang kepada lebih 1,200 peserta, termasuk 800 usahawan dan syarikat tempatan untuk mempelajari kemahiran kritikal dan berkongsi rahsia kejayaan ikon Lembah Silikon seperti pengasas Youtube, Jawed Karim; Linkedln, Konstantin Guericke; TheIceBreak.com, Christina A Brodbeck; Priceline.com, Jeff Hoffman dan Dipdive.com, Steve Koskie yang bertindak sebagai ahli panel.

Seramai 100 peserta diberi peluang menyertai bengkel intensif Startup Experience Innovation Camp tajaan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dan Microsoft selama dua hari bermula esok.

Daripada jumlah itu, seramai 10 peserta dengan idea paling menarik dan berpotensi dikomersialkan, berpeluang melawat dan bertemu dengan pelabur ICT yang berpotensi di Lembah Silikon, California, selama sebulan pada tahun depan.

Pemilihan berkenaan bertujuan memangkin usahawan muda untuk membangunkan idea kreatif mereka ke peringkat global. Sepanjang berada di sana, mereka akan dibawa mengunjungi Universiti Stanford dan membina jaringan dengan syarikat di Lembah Silikon serta mempelajari mendapatkan dana modal teroka.


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top