Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Penerbangan sulung A380 pertama MAS selesai

Saturday, October 22, 2011


HAMPIR SIAP...A380 milik MAS ketika jalani ujian sistem di Toulouse, Perancis.

PESAWAT pertama A380 milik Penerbangan Malaysia (MAS), kelmarin melakukan penerbangan sulung selepas selesai menjalani pemasangan akhir dan ujian sistem di Toulouse, Perancis.

Selepas berjaya melakukan penerbangan lima jam, pesawat itu akan berlepas ke kemudahan Airbus di Hamburg, Jerman untuk menjalani proses pemasangan kabin dan kerja-kerja mengecat.

“Pesawat ini dikuasakan empat enjin Rolls-Royce Trent 900 dan pesawat pertama daripada enam pesawat A380 yang ditempah MAS.

“Ia dijadualkan untuk diserahkan pada suku kedua 2012,” kata Airbus dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

MAS menjadi syarikat penerbangan kelapan dunia mengendalikan pesawat A380.

Sumber


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top