Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Karnival BEST bantu keluarga bermasalah

Friday, October 21, 2011



KUALA LUMPUR – Anak-anak yang disisihkan ibu bapa menjadi antara faktor peningkatan golongan remaja melakukan pelbagai kesalahan sosial.


Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar berkata, ini kerana, apabila golongan berkenaan merasakan mereka tidak dipedulikan oleh ibu bapa, mereka akan cuba mencari rakan-rakan untuk meluahkan perasaan.

Beliau memberitahu, tidak dinafikan ada ibu bapa yang tidak tahu untuk menguruskan masa dengan baik sekali gus menyebabkan anak-anak merasa disisih.

“Ibu bapa seharusnya mampu untuk berinteraksi dengan anak-anak melalui teknik keibubapaan yang baik.

“Justeru, untuk membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi, kios yang menawarkan khidmat nasihat dan kaunseling akan disediakan pada hari Karnival BEST,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Karnival Buat Elok Saja Tau (BEST) yang akan berlangsung dari 28 hingga 30 Oktober ini di Laman 1Malaysia, Putrajaya akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjungnya.





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top