Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 IPTS pertama tawar kursus halal

Tuesday, October 11, 2011



SUBANG JAYA – Halal Industry Development Corporation (HDC) memeterai memorandum persetujuan dengan Universiti Taylor di sini semalam, untuk memperkenalkan kursus halal kepada pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tersebut.

Bermula pada Mac 2012, pelajar program Ijazah Sains Makanan dan Khasiat serta Ijazah Sains Bioperubatan Universiti Taylor berpeluang mengikuti subjek elektif iaitu Pengenalan Kepada Makanan Halal dan Prinsip Pengurusan Perniagaan Makanan Halal yang diajar oleh pakar-pakar dari HDC.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin berkata, ini merupakan kali pertama pihaknya bekerjasama dengan sebuah IPTS untuk menyediakan latihan berkaitan industri halal.

“Sebelum ini, HDC telah bekerjasama dengan beberapa buah institusi pengajian tinggi awam tempatan seperti Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia.

“Kami juga sedang berbincang dengan sekurang-kurangnya dua buah universiti dari luar negara untuk menyediakan latihan yang sama,” katanya pada majlis memeterai persetujuan usaha sama kedua-dua pihak mengenai kursus itu di sini semalam.






Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top