Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Hospital awam bekal bil terperinci

Sunday, October 23, 2011

Gambar hiasan

MUAR - Kerajaan akan mengeluarkan bil kepada semua pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital awam mulai tahun hadapan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bil berkenaan dikeluarkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kos sebenar dan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan.

"Pemberian bil rawatan itu bukan bermakna rakyat perlu menjelaskan bil tersebut sebaliknya membolehkan orang ramai membuat perbandingan mengenai kos sebenar dan subsidi yang telah disalurkan kerajaan.

"Kita akan menyenaraikan setiap perkhidmatan dan berapa nilai harganya. Kita hendak beritahu yang dengan membayar pendaftaran sebanyak RM1, sebanyak 99 peratus lagi kos perubatan kerajaan bayar dalam bentuk subsidi.

"Mulai tahun hadapan, kita akan bagi bil rawatan kepada semua pesakit supaya mereka tahu dan memahami nilai sebenar subsidi yang telah diberikan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Maklumat Klinikal Kesihatan Pergigian (OHCIS) di perkarangan Klinik Kesihatan Maharani, di sini semalam.

Menurut Tiong Lai, beliau akan mengemukakan cadangan tersebut dalam mesyuarat Kabinet akan datang. Bil rawatan itu akan diberikan kepada pesakit yang menerima rawatan di wad, klinik dan hospital.

Sementara itu, Tiong Lai memberitahu, kementeriannya akan memperluaskan sistem OHCIS iaitu perisian bersepadu maklumat pesakit pergigian ke seluruh negara mulai tahun hadapan.







Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top