Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Bajet 2012: Bantuan RM500 diagih Januari

Thursday, October 13, 2011


SEBAHAGIAN daripada peserta yang mendaftar Seminar Percukaian Kebangsaan 2011 anjuran LHDN yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 layak terima wang

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012. 


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan. 

Bantuan one off atau sekali saja itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 Jumaat lalu.

Awang Adek berkata, kerajaan menamakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama pelaksana bantuan itu memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif.

“Antara agensi lain yang turut terbabit dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta Pos Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011 di sini, semalam. Seminar itu dianjurkan LHDN dan disertai 1,120 peserta.

Awang Adek berkata, LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui laman sesawang LHDN.

Di samping itu, borang berkenaan akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHDN serta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri.

“Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengenai syarat kelayakan, beliau berkata, pengiraan pendapatan RM3,000 berkenaan ialah seisi rumah dan bukan individu dan oleh itu mekanisme siasatan akan dilakukan sebelum penerima layak disahkan. – BERNAMA



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top