Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Ulasan Pasaran: Kejatuhan 2 hari berturut-turut

Wednesday, September 21, 2011

Pelabur kurangkan pegangan bimbang ekonomi dunia semakin lemah

HARGA saham di Bursa Malaysia mencatat penurunan buat hari kedua berturut-turut pada penutup semalam apabila pelabur mengurangkan pegangan berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap ekonomi dunia yang semakin lemah. 


Kerugian terbesar dicatatkan oleh Petronas Chemicals, yang menyumbang kira-kira 6.471 peratus daripada jumlah wajaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), mengheret turun indeks petunjuk pasaran 2.48 mata lebih rendah untuk ditutup pada 1,410.64. 

Prestasi pasaran, yang dibuka 3.11 mata lebih rendah kepada 1,410.01, bergerak dalam julat 1,404.27 dan 1,412.53 mata sepanjang dagangan semalam.

Seorang penganalisis berkata tiada berita perkembangan korporat tempatan, dan menyukarkan pelabur, terutama pelabur asing, untuk membuat keputusan pelaburan.

Beliau berkata sentimen lemah di seluruh dunia membimbangkan pelabur, menyebabkan mereka keluar dan mendapatkan aset yang kurang berisiko seperti emas dan dolar Amerika Syarikat.

Pasaran bagaimanapun dijangkakan mendapat sokongan dana institusi ekoran jangkaan habuan oleh kerajaan menjelang pengumuman Bajet 2012 dalam tempoh dua minggu.
 
Sementara itu, Indeks Kewangan susut 30.11 mata kepada 13,165.63 manakala Indeks Perladangan menokok 33.53 mata kepada 7,245.36 dan Indeks Perusahaan meningkat 26.46 mata kepada 2,591.68.

Indeks FBM Emas susut 42.881 mata kepada 9,583.85, Indeks FBM70 turun 139.58 mata kepada 10,199.64, FBMT100 susut 40.061 mata kepada 9,413.51 manakala FBM Ace turun 6.97 mata kepada 3,690.72.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 457 berbanding 230 manakala 301 kaunter tidak berubah, 496 tidak diniagakan manakala 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 784.626 juta unit bernilai RM1.418 bilion berbanding penutup kelmarin sebanyak 724.373 juta saham bernilai RM1.352 bilion.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama juga meningkat kepada 594.128 juta saham bernilai RM1.392 bilion berbanding 570.926 juta unit bernilai RM1.33 bilion pada penutup Isnin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 137.465 juta unit bernilai RM19.462 juta berbanding 90.637 juta saham bernilai RM13.117 juta kelmarin.

Waran bagaimanapun turun kepada 48.225 juta bernilai RM3.134 juta berbanding 57.957 juta unit bernilai RM3.475 juta sebelumnya.

Mengetuai saham rugi, Panasonic Manufacturing yang susut 50 sen kepada RM19.40, Petronas Gas turun 32 sen kepada RM13.40 dan IJM Corporation susut 31 sen kepada RM4.99.

Antara saham aktif, Takaso Resources susut dua sen kepada 14 sen manakala GPRO Technologies menokok setengah sen kepada 10.5 sen, namun Petronas Chemicals rugi 27 sen kepada RM5.78.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.55, CIMB turun enam sen kepada RM6.84 manakala Sime Darby menokok 21 sen kepada RM7.91.

Barangan pengguna menyumbang sejumlah 77.918 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 93.194 juta, pembinaan 53.674 juta, perdagangan dan perkhidmatan 172.766 juta, teknologi 21.261 juta, infrastruktur 11.634 juta, kewangan 53.539 juta, hotel 239,400, hartanah 85.076 juta, perladangan 20.018 juta, perlombongan 22,000, REIT 3.919 juta dan dana tertutup 48,400.
 




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top