Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Mufti tegur buang al-Quran merata-rata

Friday, September 30, 2011

PENDUDUK menunjukkan bangsal tempat longgokan ribuan cebisan dan naskhah al-Quran di Beris Kubur Besar, Bachok.

BACHOK: Penduduk sekitar Kampung Pak Edeng dekat Beris Kubur Besar, di sini lega apabila ribuan helai kertas mengandungi ayat suci al-Quran dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab dalam sebuah bangsal, sudah diangkut pihak berwajib, petang kelmarin.

Penduduk yang sebelum ini gempar dan curiga dengan penemuan ribuan helai ayat al-Quran itu, kini bersyukur kerana tindakan cepat pihak berkuasa itu dengan kerjasama polis dan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHAEIK).

Penduduk, Zan Hussin yang ditemui di lokasi berkata, sekumpulan anggota polis dari Bachok dan pegawai JAHAEIK datang ke bangsal pada jam 4 petang kelmarin untuk mengangkut helaian ayat al-Quran berkenaan. 

Tinjauan Berita Harian ke bangsal yang sebelum itu dijadikan tempat penyimpanan sementara ribuan helai ayat al-Quran itu, didapati kosong.

Pada 24 September lalu, penduduk Kampung Pak Edeng dekat Beris Kubur Besar, di sini, terkejut selepas menjumpai ribuan helai kertas mengandungi ayat suci al-Quran yang dibuang sebuah lori ke penghujung kampung dipercayai untuk dilupuskan pihak tertentu.

Berikutan itu, penduduk membuat laporan polis dan turut menghubungi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIK) Kelantan.

Zan berkata, dia melihat tiga lori mengangkut ribuan helai ayat al-Quran itu sambil disaksikan beberapa anggota polis dan pegawai JAHAEIK.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Mohamad, ketika dihubungi berkata, adalah berdosa dan haram hukumnya kepada mana-mana individu yang membuang ayat suci al-Quran di merata-rata tempat.

Katanya, Islam sudah menggariskan beberapa peraturan dalam melupuskan naskhah al-Quran yang sudah rosak, buruk dan tidak boleh digunakan, namun ia perlu mengikut kaedah tertentu termasuk dilakukan syarikat dilantik khas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang turut mempunyai cawangan di negeri ini.

"Jika ayat suci al-Quran itu dibuang di merata tempat, individu melakukan perbuatan itu disifatkan sebagai menghina kesucian al-Quran kerana jika hendak dilupus sekali pun, perlu menggunakan kaedah tertentu seperti dibakar menggunakan tong khas sebelum abunya dikumpulkan dan dibuang ke laut atau ditanam di kawasan khusus.

"Kaedah ini diperakukan oleh KDN kepada pihak diberi tanggungjawab. Oleh itu, saya menyifatkan tindakan pihak berkenaan membuang ayat al-Quran dengan sewenang-wenangnya adalah dosa mengikut hukum syarak," katanya. 






Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top