Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 MTEM martabat ekonomi Melayu

Friday, September 30, 2011


Platform satukan NGO Bumiputera galak pembangunan mapan, berkesan

KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), dilancarkan malam tadi untuk memayungi seluruh badan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Melayu sedia ada dalam usaha memartabatkan ekonomi masyarakat itu pada abad ke-21. 

Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Rizal Faris Mohideen, berkata MTEM yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi platform untuk menyatukan NGO ekonomi Melayu pada peringkat nasional bagi menggalakkan pembangunan ekonomi Melayu yang mapan dan berkesan. 

“Ia dijangka mampu untuk merapatkan jurang antara dasar dan komuniti serta membantu menyampaikan Model Baru Ekonomi (MBE) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kepada akar umbi,” katanya pada sidang media mengenai MTEM di sini, semalam.

Rizal Faris berkata, usaha untuk mentransformasikan ekonomi Melayu melalui MTEM itu dijangka dianggotai 100 organisasi dan membabitkan lebih sejuta ahli.

Ia terdiri daripada pemimpin sivik, ahli-ahli NGO, usahawan Gen-X (generasi yang dilahirkan sekitar tahun 1970-1985), kelas profesional, usahawan baru muncul Generasi Y (generasi yang tumbuh seiring dengan berkembangnya komunikasi massa dan internet).

Beliau menegaskan bahawa MTEM hanya mewakili kepentingan Melayu dan bukan sebuah agensi kerajaan kerana tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana entiti kerajaan seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) atau Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Beliau berkata, hasil utama yang cuba dicapai ialah mewujudkan generasi baru lelaki dan wanita Melayu yang sejajar dengan dan aktif mengambil bahagian dalam program transformasi ekonomi kerajaan.

“Idea ini tercetus memandangkan keadaan di mana 80 peratus daripada 40 peratus penduduk Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 adalah komuniti Melayu.

“Satu-satunya cara untuk membetulkan ketidakseimbangan ini adalah dengan meningkatkan pendapatan mereka melalui bidang keusahawanan kerana kita tidak mahu mereka masih mundur menjelang 2020,” katanya.

Sementara itu, Rizal Faris berkata tidak wujud jawatan ketua kerana keputusan kepemimpinan badan itu dibuat oleh ahli-ahli majlis MTEM, berdasarkan prinsip konsensus dan terangkum.

Bagaimana pun, Presiden DPMM dilantik sebagai pengerusi tetap MTEM kerana ini adalah keputusan ahli-ahli Protem kerana Presiden DPMM kebiasaannya secara rasmi diiktiraf sebagai Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia.

Presiden DPMM kini ialah Syed Ali Alattas. – BERNAMA

 


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top