Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Malaysia mungkin import gas LNG bagi kurangkan subsidi

Monday, September 05, 2011




 Liquefied Natural Gas (LNG) - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Sebagai salah satu pengeksport gas asli terbesar di dunia, Malaysia merancang untuk mengimport LNG bagi memenuhi keperluan dalam negara yang semakin meningkat berikutan tekanan kepada harga gas dan bersedia menghadapi bagi menurunkan pengeluaran gas sendiri.
Malaysia yang juga pengeksport LNG ketiga terbesar di dunia akan mula mengimport bahan api yang disejukkan tahun depan ke terminal LNG di Melaka bagi membantu melindungi sejumlah besar hasil yang diterima daripada eksport LNG.

Penganalisis, Graham Tyler dan Wood Mackenzie, berkata hasrat Malaysia pada masa ini adalah untuk mendapatkan harga sehingga ke tahap yang tinggi bagi pasaran gas baru seperti harga LNG. 

Tyler berkata, mereka sedar sejak harga minyak menokok tinggi, subsidi tidak lagi mampu menampung keperluan makanan dan komoditi.

Petronas baru-baru ini menandatangani perjanjian import LNG dengan Qatar bagi membeli 1.5 juta tan metrik setahun bermula 2013 dan juga kontrak bekalan untuk membeli 3.5 juta tan dari Projek LNG Gladstone, Australia iaitu projek yang mempunyai kepentingan 27.5 peratus.

Terminal import LNG pertama Malaysia berpusat di Melaka yang boleh menanpung kapasiti 3.8 juta tan metrik setahun dan akan dilengkapi dengan sistem atas talian pada pertengahan 2012.

Kerajaan menjangkakan permintaan gas tanpa subsidi meningkat lebih 14 juta meter padu sehari menjelang 2020 dan Petronas berkemungkinan akan membuka terminal import kedua di Johor pada akhir tahun ini.

Malaysia terpaksa beralih kepada import berikutan jumlah simpanan yang berkurangan dan peningkatan permintaan daripada loji kuasa, namun mereka sudah berusaha meningkatkan pengeluaran dari sektor domestik dan kepentingan projek luar negara.

Permintaan LNG Malaysia adalah sebahagian daripada langkah drastik susulan permintaan Asia Tenggara yang meningkat dalam lima hingga 10 tahun lagi yang akan menjangkau kepada pasaran meruncing.

Beberapa penganalisis menganggarkan menjelang 2020, Asia Tenggara akan mempunyai kapasiti import LNG hampir 25 juta tan.

Jika ia berlaku, Malaysia akan melaksanakan strategi pelonggaran pasaran gas domestik ke arah harga pasaran dengan mengimport LNG, bagi menjimatkan berbilion subsidi gas Petronas dalam negara. - REUTERS 

Sumber



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top