Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Ekonomi Melayu diperkasa

Friday, September 30, 2011



NAJIB bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri Majlis Pelancaran MTEM di Serdang, malam tadi. - Foto Effendy Rashid

MTEM platform galak pembangunan, transformasi ekonomi Bumiputera

SERDANG: Datuk Seri Najib Razak malam tadi melancarkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) gabungan 63 badan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Melayu dalam usaha memartabatkan ekonomi orang Melayu pada abad 21. 

Majlis pelancaran gabungan NGO Melayu yang pertama seumpamanya disaksikan kira-kira 13,000 ahli NGO berkenaan di Dewan Utama Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengerusi MTEM, Syed Ali Alattas. 

Dalam kita memastikan kejayaan orang Melayu kita tidak boleh mengambil hak kaum lain tetapi orang Melayu perlu menggunakan kuasa politik daripada kerajaan sedia ada. Jika ingin jadi bangsa bermaruah, disegani dan dihormati, mereka (Melayu) tidak boleh berselindung di balik perlindungan kerajaan tetapi perlu ada keberanian, keyakinan diri dan keupayaan yang lebih. - Najib Razak, Perdana Menteri 
 
Dalam ucapannya, Perdana Menteri menegaskan, sudah sampai masanya NGO Melayu bertindak dengan lebih bersungguh-sungguh dan berkesan supaya tuntutan mereka dapat diketengahkan dengan lebih baik.

Katanya, NGO Melayu tidak boleh bergantung kepada kerajaan tetapi sebagai individu dan NGO, mereka perlu bangkit menjadi barisan hadapan untuk menuntut perubahan.

“Saya mahu Melayu abad ke-21 bekerjasama dengan kerajaan kerana masa depan orang Melayu berkait rapat dengan untung nasib kerajaan hari ini. Jika ingin bergantung harap orang Melayu boleh bergantung dengan kerajaan yang ada pada hari ini.

“Dalam kita memastikan kejayaan orang Melayu kita tidak boleh mengambil hak kaum lain tetapi orang Melayu perlu menggunakan kuasa politik daripada kerajaan sedia ada.
“Sebagai contoh apabila kerajaan memutuskan Projek Sistem Pengangkutan Pantas (MRT) Lembah Klang, kita putuskan 43 peratus daripada projek ini kita berikan kepada usahawan Melayu dan Bumiputera, ” katanya.

Perdana Menteri berkata, Melayu abad ke-21 tidak perlu terus selamanya berselindung di sebalik kerajaan tetapi perlu ada keyakinan dan keberanian untuk berjaya.

“Jika ingin jadi bangsa bermaruah, disegani dan dihormati, mereka (Melayu) tidak boleh berselindung di balik perlindungan kerajaan tetapi perlu ada keberanian, keyakinan diri dan keupayaan yang lebih.

“Ini adalah ciri Melayu abad ke-21 yang berjaya kerana ilmu, kemampuan dan minda yang lebih," katanya.

Sementara itu, Syed Ali berkata, MTEM bukan hanya menjadi badan pemantau dan pengimbang malah akan menjadi badan yang lebih konstruktif sebagai rakan dalam pembangunan negara.

Katanya, MTEM mampu memberi kesan yang mendalam kepada ekonomi masyarakat Melayu sekali gus menyelesaikan masalah pelebaran jurang ekonomi yang semakin ketara hari ini.





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top