Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Amerika mahu pulih hubungan sukar dengan negara Islam

Tuesday, September 27, 2011

Presiden Barack Obama

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat mahu memulihkan hubungan sukar dan perasaan tidak percaya dunia Islam terhadap pentadbiran Presiden Barack Obama terutama selepas serangan 11 September 2001.

Pensyarah pelawat Institut Brookings Jeffrey Bader, mengakui Amerika berdepan kesukaran dalam hubungannya dengan dunia Islam terutama sejak sedekad lalu yang menjurus kepada perang di Iraq serta reaksi balas terhadap serangan 9/11 sekali gus mencetuskan reaksi masyarakat Islam di seluruh dunia. 

Ada kira-kira satu bilion penduduk Islam di seluruh dunia atau kira-kira 20 peratus daripada jumlah penduduk dunia beragama Islam. 

Amerika menghadapi kesukaran dalam hubungannya dengan dunia Islam terutama sejak dekad lalu berkaitan serangan 11 September yang menjurus kepada perasaan tidak percaya dunia Islam terhadap pentadbiran Presiden Obama.

Kedua-dua pihak perlu berusaha memperbaiki hubungan tidak percaya ini dan presiden sepatutnya lebih memahami kerana beliau menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Indonesia, yang juga sebuah negara Islam.

Sama seperti ucapan Obama di Kaherah tidak lama dulu, Amerika memerlukan pendekatan baru terhadap dunia Islam, dan hubungan baik tidak akan wujud jika kita tidak memahami Islam dengan lebih baik, katanya ketika ditanya kepentingan kepada Amerika memahami Islam selepas perbincangan meja bulat berhubung Dasar Amerika Terhadap Asia Timur dan Malaysia di bawah Pentadbiran Presiden Obama, semalam.

Bader berkata, di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, perspektif Amerika di Malaysia semakin pulih dan sebagai negara majoriti Islam, Malaysia dianggap model yang memiliki sistem keusahawanan bebas, demokrasi dan perlindungan hak asasi manusia.

Dalam perkembangan lain, mengulas cubaan Palestin memperoleh pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara namun ditolak Amerika dan Israel, Bader berkata Amerika percaya pembentukan sebuah negara Palestin bukan atas dasar pemberian dokumen daripada Majlis Keselamatan PBB namun perdamaian antara Palestin dan Israel.

Amerika menyokong pembentukan sebuah negara Palestin namun atas dasar penyelesaian antara dua negara. Saya faham di PBB pada masa ini, mencetuskan emosi dan simpati di kalangan rakyat Malaysia, namun seperti yang saya katakan, Amerika akan menyokong apa saja resolusi yang dicapai secara damai dengan Israel, katanya. 








Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top