Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 58 hingga 60

Tuesday, September 27, 2011

AZLAN...kos sara hidup makin tinggi

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyarankan supaya kerajaan menilai semula umur persaraan kakitangan swasta supaya dapat dinaikkan antara 58 dan 60 tahun disebabkan beberapa faktor termasuk kekurangan simpanan persaraan dan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan dan menilai semula umur persaraan 55 tahun sekarang dalam pengumuman bajet yang akan datang.

“Saya berharap ia dilanjutkan sekurang-kurangnya pada peringkat umur 58 tahun jika tidak 60 tahun. Malah, kami juga berharap supaya gaji minimum sektor swasta turut dimasukkan ke dalam bajet yang akan diumumkan nanti,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama di persidangan Pencen Swasta dan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2011 di Subang Jaya, semalam.

Dalam ucaptamanya, Azlan berkata terdapat dua isu yang perlu ditangani Malaysia dalam melaksanakan sistem pencen yang cekap iaitu mereka yang cepat bersara dan jumlah simpanan yang rendah.

“Mengenai kekurangan simpanan persaraan, kebimbangan terhadap isu berkenaan meningkat dua kali ganda dan melihat kepada pengagihan tabung yang sebenar, 73 peratus daripada pencarum mempunyai kurang daripada RM50,000 yang disimpan sementara hanya 17 peratus mempunyai RM100,000 pada masa persaraan mereka,” katanya.

Beliau berkata, ia diburukkan lagi dengan fakta kebanyakan ahli menghabiskan wang persaraan mereka terlalu cepat. Sementara itu, Azlan turut berkata perbelanjaan perubatan hari tua dijangka meningkat dengan ketara dalam tahun akan datang berdasarkan unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurutnya, perbelanjaan bagi kesihatan di Malaysia meningkat daripada RM9.8 bilion pada 2007 kepada RM12.2 bilion tahun lalu manakala perbelanjaan kesihatan kerajaan Persekutuan dijangka berjumlah RM13.2 bilion.

“Peningkatan ini bergerak seiringan dengan demografi negara yang semakin tua, kos penjagaan kesihatan yang semakin tinggi,” katanya.




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top