Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Tiket kereta api ke Pantai Timur habis dijual

Wednesday, August 03, 2011


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: KTM Berhad semalam mengumumkan tiket kereta api ke Pantai Timur bagi tempoh 26 hingga 29 Ogos sudah habis dijual.

KTM Berhad dalam satu kenyataan menyebut penambahan koc bagi laluan itu akan dipertimbang dan sebarang pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat pada pertengahan bulan ini. 

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, tiket untuk sektor Utara, Selatan dan Tengah masih boleh dibeli. 

Sejumlah 62,304 tiket disediakan bagi penjualan sebelum hari raya, iaitu dari 20 Ogos hingga 30 Ogos, dan sehingga 2 petang semalam, sebanyak 27,990 sudah dijual.

Baki 34,314 tiket masih boleh dibeli di kaunter KTM Intercity di seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, tiket beberapa laluan yang habis dijual adalah Kuala Lumpur-Hatyai (Ekspres Senandung Langkawi No 20) bagi tarikh 26 hingga 28 Ogos, Hatyai-Kuala Lumpur (Ekspres Senandung Langkawi No 21, 25-26 Ogos) dan Kuala Lumpur-Tumpat (Ekspres Senandung Wau No 28, 25-29 Ogos).

Turut habis dijual ialah tiket bagi laluan Singapura-Tumpat, tiket Ekspres Sinaran Timur No. 14 pada 25 hingga 29 Ogos dan Ekspres Sinaran Timur No. 26 (24 -29 Ogos). - BERNAMA
 




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top