Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Tiga lorong tunai tidak cukup

Wednesday, August 17, 2011


KEADAAN Plaza Tol Sungai Besi yang menyediakan hanya tiga kaunter tiket tunai menyebabkkan kesesakan lalu lintas.
 
Pengguna minta PLUS tambah kaunter tiket di Plaza Tol Sungai Besi

SUNGAI BESI: Kesesakan di Plaza Tol Sungai Besi, iaitu pintu keluar utama bagi destinasi ke Selatan tanah air, sejak kebelakangan ini berpunca daripada tindakan syarikat konsesi lebuh raya, Plus Expressways Berhad (PLUS), hanya menyediakan tiga lorong tiket tunai kepada penggunanya. 


Masalah itu itu yang turut berlaku di luar waktu puncak menyebabkan segelintir pengguna terutama mereka yang menggunakan laluan berkenaan untuk berulang alik ke tempat kerja hampir setiap hari berasa kurang selesa. 

Kakitangan swasta, Anuar Mohd Zaman yang berulang-alik daripada kediamannya di Bangi untuk ke tempat kerja di ibu kota berharap PLUS bersedia membuka lebih banyak kaunter tiket tunai bagi memastikan pengguna tidak ‘tersekat’ terlalu lama di plaza tol berkenaan.

“Sebagai pengguna, saya faham jika kesesakan itu berlaku disebabkan jumlah kereta yang mahu membayar tol tetapi masalahnya, antara 10 ke 20 minit terpaksa diperuntukkan hanya untuk mengambil tiket di kaunter tunai, sedangkan transaksi itu sepatutnya boleh diselesaikan dalam masa kurang 10 saat.

“Saya terpaksa melalui perkara sama sejak setahun lalu dan keadaan biasanya bertambah buruk setiap kali musim perayaan yang menyaksikan kereta berbaris sepanjang beberapa kilometer hanya untuk urusan transaksi tiket tunai di plaza tol berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd Talha ketika dihubungi Sentral memaklumkan, pihaknya menyediakan sembilan lorong untuk destinasi ke Selatan di Plaza Tol Sungai Besi yang terdiri daripada lorong elektronik bagi penggunaan SmartTAG serta Touch ‘n Go, manakala bakinya ialah lorong tiket masuk tunai.

“Penggunaan sistem elektronik sebenarnya bukan hanya menjimatkan masa pengguna tetapi pada masa sama bersifat lebih mesra alam dan menjadi usaha PLUS dalam membantu mengurangkan pencemaran udara di lebuh raya serta plaza tol.

“Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian PLUS, masih ramai pengguna yang enggan mempergunakan sistem elektronik ini, sebaliknya sanggup beratur panjang di lorong tunai termasuk pada waktu puncak menyebabkan berlakunya kesesakan,” katanya.

Khalilah berkata, PLUS menggalakkan pengguna lebuh rayanya beralih ke sistem elektronik dengan mendapatkan kad PLUSMiles bagi menikmati perjalanan lebih pantas di samping pelbagai faedah dan ganjaran hebat seperti rebat tol yang ditawarkan pada hari biasa serta musim perayaan dengan penggunaan Kad PLUSMiles.
 



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top