Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Serah memo sokong Jais

Tuesday, August 09, 2011


SHAH ALAM: Sebanyak 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini, semalam menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyokong isu pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Seksyen 13, Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), 3 Ogos lalu. 


Gabungan NGO berkenaan menyerahkan memorandum itu yang disampaikan wakil mereka, Dr Dzulkhaini Hussain kepada Setiausaha Sulit baginda, Datuk Muhamad Munir Bani di Istana Bukit Kayangan di sini, sebelum sidang akhbar dibuat di masjid negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dr Dzulkhaini berkata, gabungan NGO Islam Selangor menyatakan sokongan padu terhadap tindakan penguat kuasa Jais yang bertujuan melaksanakan kemuliaan undang-undang bagi melindungi umat Islam di Selangor.


Mereka turut meluahkan kesal di atas sikap ditunjukkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu itu dan menyifatkan apa yang berlaku mengecewakan umat Islam terutama pada bulan Ramadan. Dr Dzulkhaini berkata, memorandum yang disampaikan itu adalah representasi pendirian NGO Islam di negeri ini selepas mendapati isu berkenaan turut dimanipulasi beberapa akhbar dan portal berita sehingga menggambarkan tindakan Jais seolah-olah salah, keterlaluan dan rakus.

Beliau merayu rakan beragama Kristian turut menghargai dan menghormati rakan Islam dengan tidak melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan enakmen agama di Selangor, termasuk cuba memurtadkan orang Islam.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Iman, badan penaung NGO Islam Selangor, Prof Dr Ahmad Zaki Abdul Latiff, pula menegaskan, kegagalan pihak gereja memahami enakmen yang melarang mereka mempengaruhi umat Islam murtad, misalnya menjadikan masalah itu semakin rumit.




Secara terbuka beliau mengakui agenda mengkristiankan dunia adalah antara misi yang mesti diketahui semua pihak dan ini tidak mustahil menjadi antara elemen kes umat Islam ditahan berada di gereja Methodist itu.

“Sekitar 1980-an kami pernah mengadakan seminar tertutup membincangkan perkara ini, tetapi hal keagamaan sebegini merupakan isu sensitif“ katanya.



Dr Ahmad Zaki berpendapat masalah umat Islam berkunjung ke gereja menagih simpati, tetapi kemudian diperdaya dengan dakyah Kristian boleh dikurangkan jika semua pihak menjalankan tanggungjawab lebih kemas.





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top