Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Pengemis ganggu lalu lintas

Monday, August 08, 2011

Gambar hiasan

Ops Selamat Ramadan pantau bazar, pasar malam sekitar Butterworth

BUTTERWORTH: Bazar Ramadan bukan saja menjadi tumpuan orang ramai membeli pelbagai jenis juadah untuk berbuka, tetapi juga menjadi medan pengemis termasuk warga asing bagi meraih simpati pengunjung.

Walaupun tiada paksaan supaya orang ramai menghulurkan sedekah, kehadiran mereka ada kalanya mengganggu kelancaran lalu lintas. 

Tinjauan di beberapa lokasi seperti Bazar Ramadan di bandar ini dan Penanti, Bukit Mertajam serta Georgetown mendapati kehadiran peminta sedekah melebihi hari biasa. 

Ada juga yang membawa anak kecil dan duduk di tempat laluan orang ramai untuk menarik simpati pengunjung agar menghulurkan sedekah.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang, Zulkifli Ismail, ketika mengulas perkara itu, berkata pihaknya menerima beberapa aduan daripada orang ramai berhubung kehadiran peminta sedekah di Bazar Ramadan.

Katanya, jika kehadiran seseorang itu menyebabkan kegusaran atau kacau ganggu kepada orang ramai, tindakan boleh diambil mengikut Akta Orang Papa 1977.

"Sepanjang Ramadan ini, kami melancarkan 'Ops Selamat Ramadan' iaitu memantau lokasi tertentu termasuk Bazar Ramadan, pasar malam serta tempat awam bagi mengesan pengemis.

"Kami akan selamatkan mereka daripada kegiatan mengemis dan bagi yang mempunyai keluarga, kami akan hubungi mereka," katanya.

Bagi yang tidak ada rumah atau keluarga, Zulkifli berkata tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 3(2) Akta Orang Papa 1977 untuk menempatkan mereka di rumah kebajikan.

"Jika pengemis memiliki kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), kami akan merujuk kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Imigresen," katanya.

Zulkifli berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kehadiran peminta sedekah semakin ramai pada bulan puasa kerana orang Islam suka menderma sepanjang bulan mulia ini.






Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top