Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Misi Malaysia bermula

Tuesday, August 09, 2011

ATLET-ATLET negara ke Sukan Universiti Dunia 2011 sudah bersedia sepenuhnya untuk menggalas cabaran pada temasya sukan dwitahunan itu yang turut disertai kuasa besar sukan dunia.
Turut kelihatan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkeples Embong dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Noor (sembilan, kanan).
Kontinjen negara yang diwakili seramai 123 atlet dan 51 pegawai akan menyertai sebanyak 13 acara sempena Kejohanan Sukan Universiti Dunia (26th Summer Universiade) mulai 12 hingga 23 Ogos ini di Shenzen, China.

TANPA kelibat jaguh lumba basi- kal pecut negara, Mohd. Azizul- hasni Awang, misi Malaysia untuk memburu sebutir pingat emas dianggap sukar pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 di Shenzhen, China bermula 12 hingga 24 Ogos ini.

Bagaimanapun, sasaran itu tidak mustahil untuk direalisasikan sekiranya dilihat daripada senarai 123 atlet yang akan beraksi dalam 13 daripada 24 acara yang dipertandingkan pada temasya tersebut.

Sandaran sudah pasti terarah kepada tiga atlet yang telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 di London iaitu Cheng Chu Sian dalam acara memanah dan Bryan Nickson Lomas serta Pandelela Rinong (terjun).

Turut menggalas cabaran negara adalah Leong Mun Yee (terjun), Wan Mohd. Khalmizam Wan Abd Aziz dan Muhammad Izuddin Abdul Rahim (memanah), Khoo Cai Lin, Clement David Leong dan Kevin Yeap Soon Choyy (renang), Zulfadli Zulkifli dan Julia Wong Pei Xian (badminton), Muhammad Akmal Amrun, Muhamad Rauf Nur Misbah dan Kimberley Yap (lumba basikal).

Acara menembak turut mempunyai peluang yang cerah untuk menyumbang pingat kerana menyenaraikan beberapa penembak terbaik negara seperti Nur Ayuni Far- hana Abd. Rahim dan Muslifah Zulkifli.

Berdasarkan, nama-nama besar atlet ini, sasaran tiga butir pingat berlainan warna iaitu masing- masing satu pingat emas, perak dan gangsa dianggap sebagai sesuatu yang realistik.

Ketua kontinjen Malaysia, Profesor Dr. Shaharudin Abd. Aziz berkata, beliau yakin sasaran pingat itu dapat direalisasikan berdasarkan prestasi semasa atlet yang menampil- kan semangat juang yang tinggi dan persiapan rapi yang telah di- laksanakan.

“Pada penampilan kali ini, kita meletakkan sasaran untuk memenangi tiga pingat iaitu masing- masing satu pingat emas, perak dan gangsa,” kata Shaharudin yang ditemui selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia di Dewan MPH, Kementerian Pengajian Tinggi pada 3 Ogos lalu.

“Prospek pingat negara dijangka hadir menerusi acara terjun, memanah dan menembak. Acara lumba basikal juga mempunyai prospek pingat meskipun tanpa kehadiran Azizulhasni”.

Shaharudin berkata, cabaran paling besar yang akan ditempuh setiap atlet adalah cuaca panas yang dijangka boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius.

“Buat masa ini, semua atlet telah dinasihatkan mengambil lebih banyak air sebelum berpuasa di samping corak pemakanan dan latihan juga diubah.

“Di samping itu, saya berharap jadual pertandingan akan menyebelahi kita supaya atlet kita dapat beraksi di tahap terbaik walaupun saya belum mendapat sepe- nuhnya, terutamanya membabitkan skuad bola sepak,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr. Hou Kok Chung turut me- nyuarakan keyakinan dengan kemampuan atlet negara meskipun mereka yang berjaya meraih pingat tidak dijanjikan dengan hadiah wang tunai yang lumayan.

Sebaliknya Kok Chung berkata, mereka bersedia menawarkan insentif berbentuk bantuan pelaja- ran di institut pengajian tinggi (IPT).

Begitupun, timbalan ketua kontinjen, Dr. Saharudin Ismail (gambar kecil) berkata, penyertaan atlet negara pada temasya ini dilihat sebagai peluang terbaik mereka untuk menampilkan kejutan dan memperbaiki catatan peribadi, sekali gus menambah koleksi pingat yang di sasarkan.

“Ini adalah peluang terbaik para atlet negara untuk menimba pengalaman dan membuktikan kekuatan diri masing-masing. Meskipun temasya ini berlangsung dalam bulan puasa, saya percaya ia bukan suatu halangan yang besar.

“Kami akan menggunakan khidmat nasihat pakar, terutamanya dalam bidang pemakanan dan pandangan pakar agama untuk memastikan pada atlet negara dapat beraksi dengan baik sepanjang temasya itu berlangsung.

“Selain itu, temasya ini juga dianggap sebagai medan terbaik untuk para atlet mempersiapkan diri sebelum menyertai Sukan SEA 2011 di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada akhir tahun nanti,” kata Saharudin yang juga Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Untuk rekod, pencapaian terbaik negara adalah memenangi pingat perak menerusi atlet taekwondo, Chan Che Chew di Bangkok, Thailand pada tahun 2007.

Manakala pada penampilan di Izmir, Turki (2005) dan Daegu, Korea Selatan (2003), Malaysia meraih satu pingat gangsa menerusi seorang lagi atlet taekwondo, Elaine Teo Shueh Fhern.

Namun Malaysia tidak menghantar kontinjen di Belgrade, Serbia dua tahun lalu bagi mengelakkan pegawai dan atlet yang terbabit terdedah kepada influenza A (H1N1).

Bagaimanapun di Shenzhen, China kali ini, acara taekwondo bukan lagi dianggap sebagai ‘lubuk pingat’ kerana kedua-dua atlet ini tidak beraksi kerana sudah melepasi had umur yang dietapkan.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam 13 jenis sukan iaitu renang, terjun, badminton, catur, lumba basikal, bola sepak, gimnastik, golf, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga dan taekwondo.

Sumber



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top