Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Kaunter zakat lengang ramai bayar saat akhir

Wednesday, August 10, 2011


LAFAZ...pembayar melakukan lafaz zakat di hadapan pegawai di kaunter PPZ di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Sikap masyarakat di negara ini yang suka melakukan kerja pada saat akhir menyebabkan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di sini, lengang daripada kunjungan pembayar zakat.


Difahamkan, pembayar zakat kebanyakannya memilih untuk berurusan pada waktu pagi dan hanya segelintir yang datang membayar zakat pada waktu petang.

Ketua Unit Kanan, Unit Komunikasi Korporatnya, Nor Mukshar Harun, berkata mengikut trend sebelum ini, pembayar zakat berpusu-pusu menunaikan kewajipan apabila masuk minggu ketiga dan empat Ramadan.

Katanya, kebanyakannya menunggu waktu gaji masuk dan memilih hari minggu untuk membayar zakat.

“Keadaan sama berlaku setiap tahun dengan pembayar lebih memilih untuk menunaikan zakat di saat akhir. Jika membabitkan zakat fitrah, ada yang melengahkan masa sehingga ke pagi solat sunat Aidilfitri.

“Begitu juga dengan pembayaran fidyah, kebanyakan memilih untuk membayar di minggu akhir sebelum Ramadan. Dua bulan yang menjadi tumpuan pembayar zakat ialah pada setiap minggu akhir Ramadan dan Disember,” katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun, katanya, sepanjang sembilan hari berpuasa PPZ mengumpulkan RM10.7 juta hasil daripada bayaran zakat harta dan menyasarkan kutipan RM36.9 juta sempena Ramadan ini.

“Kutipan ini datang daripada mereka yang membayar zakat secara dalam talian dan pemotongan gaji setiap bulan. Biarpun tidak dapat datang ke kaunter mereka boleh menunaikan zakat melalui perkhidmatan lain yang disediakan. Bezanya, di kaunter mereka dapat merasai sendiri pengalaman membayar zakat iaitu ada akad dan doa sejurus pembayaran,” katanya.

Untuk keterangan lanjut mereka boleh hubungi talian zakat, 1300885757, laman web zakat.com.my, laman sosial facebook di www.facebook.com/zakat.my.






Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top