Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 PETRONAS temui telaga gas baru

Friday, July 29, 2011



Penemuan tingkat potensi sumber bekalan penuhi permintaan domestik

PETRONAS membuat dua penemuan penting gas asli di kawasan air cetek luar pantai barat Sabah, yang berpotensi meningkatkan lagi bekalan sumber itu bagi memenuhi permintaan domestik.
Malaysia adalah pengeksport gas asli cecair (LNG) kedua terbesar selepas Qatar pada 2009, namun jatuh ke tangga ketiga selepas Indonesia tahun lalu berikutan penurunan pengeluaran daripada lapangan gas yang uzur. 

Sementara itu, peningkatan permintaan daripada loji tenaga turut menggugat jumlah eksport gas negara, justeru menyebabkan syarikat minyak nasional meningkatkan usaha untuk meningkatkan pengeluaran daripada lapangan domestik serta menambah pegangan dalam projek minyak dan gas di peringkat antarabangsa. 

Awal minggu ini, PETRONAS juga telah memeterai perjanjian awal dengan Qatargas untuk membekalkan kepada syarikat itu 1.5 juta tan LNG setahun untuk tempoh 20 tahun akan datang.

Perkara itu memberikan gambaran peralihan Malaysia daripada menjadi negara pengeksport bahan api itu kepada pengimport dalam usaha memenuhi permintaan loji tenaganya yang berkembang pada kadar enam peratus setahun.

Dalam satu kenyataan semalam, PETRONAS berkata penemuan pertama adalah di telaga Zuhai East-1, yang terletak di Blok Samarang Asam Paya, kira-kira 130 kilometer di barat daya Kota Kinabalu.

“Anggaran semasa kandungan gas di kawasan itu adalah 550 bilion kaki padu standard (bscf),” katanya.

Pada masa sama, katanya, satu takungan yang sama di telaga berdekatan kira-kira lima kilometer ke timur dari kawasan penemuan Zuhai East diuji mengandungi aliran gas pada kadar maksimum 21 juta bscf sehari.

PETRONAS Carigali ialah pemegang ekuiti tunggal kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) Blok Samarang Asam Paya itu.

Sementara itu, penemuan kedua pula adalah di telaga Menggatal-1 ditemui di Blok SB312, kira-kira 110 kilometer ke timur laut Kota Kinabalu.

“PSC Blok SB312 itu adalah usaha sama antara PETRONAS Carigali yang memegang ekuiti 60 peratus dan KUFPEC Malaysia (SB 312) Ltd, iaitu satu anak syarikat Kuwait Foreign Petroleum Exploration Co, yang memegang baki kepentingan,” katanya. 




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top