Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 ‘Penerimaan ganti toleransi’

Friday, July 29, 2011


REAKSI Najib bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah selepas Malaysia berjaya menjaringkan gol pertama ketika menyaksikan siaran langsung antara Malaysia dan Singapura di Dewan Wawasan dekat Jitra, semalam. Turut sama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

PM mahu rakyat bersatu bentuk perpaduan nasional lebih mantap

ALOR SETAR: Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat berbilang kaum supaya berpindah daripada konsep toleransi kepada penerimaan antara satu sama lain bagi membolehkan pembentukan perpaduan nasional yang lebih mantap.
Perdana Menteri berkata, konsep toleransi hari ini tidak lagi sesuai kerana masih ada jurang yang memisahkan antara kaum. 

Justeru, katanya, peralihan kepada konsep penerimaan adalah lebih jelas kerana ia mewujudkan persefahaman dan penyatuan lebih mendalam di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. 

“Dalam amalan toleransi ada lagi tembok pemisah dan rasa tidak sama antara kita, berbanding amalan penerimaan... ia adalah bagi meraikan kepelbagaian antara rakyat dan menggunakan kekuatan semua pihak tanpa mengira kaum,” katanya pada majlis bersama rakyat dan sambutan 100 tahun Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa 1, Jalan Kuala Kedah di sini, semalam.

Najib turut mengumumkan peruntukan lebih RM1.1 juta kepada tujuh sekolah Cina serta persatuan bekas pelajar sekolah Cina dan RM1.12 juta untuk projek pembesaran Masjid Al-Rahmah Taman Wira Mergong.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Belia 1Malaysia di Pendang, Perdana Menteri percaya pembangkang akan sentiasa membantah apa saja keputusan kerajaan bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini, walaupun kumpulan itu menuntut pembaharuan.

Katanya, ini terbukti apabila pembangkang menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperkenalkan sistem biometrik dalam proses pengundian.

“Mereka ini hanya sekadar mahu membantah apa jua yang kita lakukan. Mereka mahu jadikannya isu kontroversi dan mencari salah... mereka tiada pendirian konstruktif.

Pembangkang bukannya mahu mencari sesuatu yang dapat menambahbaik sistem, tetapi hanya mahu mencari kelemahan dalam sistem itu,” katanya.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai Jawatankuasa PAS Pusat menolak cadangan SPR menggunakan sistem biometrik pada pilihan raya umum akan datang bagi mengatasi pengundi hantu yang sering dibangkitkan parti itu sebelum ini.

Pembangkang mendakwa biometrik tidak mampu menghalang individu mengundi lebih sekali dan tidak mampu mengatasi beberapa kelemahan sedia ada.

Najib menjelaskan kerajaan memutuskan untuk menggunakan sistem biometrik kerana ia adalah sistem yang saintifik dan tidak boleh dimanipulasi, berbanding penggunaan dakwat kekal.

“Bagi dakwat kekal, anda boleh kenal pasti sumbernya... anda boleh dapat daripada sumber lain dan buat perkara yang sama. Ia satu kerugian kepada rakyat yang tidak dapat pergi (mengundi),” katanya.

Sebelum itu, berucap pada majlis kenduri rakyat, Najib berkata, sebarang perubahan yang hendak dibawa seharusnya bernilai, membawa manfaat dan bererti kepada rakyat.

“Rakyat khususnya pengundi kena tanya soal kemampuan pemimpin membawa perubahan kepada negeri yang ditadbir. Setakat baik saja tidak bermakna... jadi pikiaq... pikiaq... pikiaqlah (jadi fikir, fikir, fikirlah),” katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri makan tengah hari dengan duduk bersila bersama rakyat.


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top